Netizen puas hati tengok Tesla kena conteng, parkir ganggu jalan lagi

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Sebuah Tesla dirakam mempunyai conteng teguran daripada individu yang tidak puas hati dengan tempat kereta itu diletakkan.

Menerusi hantaran asal Facebook Mont Kiara Community, kereta tersebut ditemui bertentangan dengan Qra @ Arcoris di Mont Kiara.

Dua gambar yang dikongsikan itu menunjukkan kereta elektrik berwarna putih tersebut mempunyai contengan — ‘Park Properly Lah’ (letak kereta betul-betullah).

Vandalisme itu dipercayai terjadi selepas kereta Tesla itu diletakkan di atas laluan pejalan kaki.

Hantaran itu mendapat pelbagai reaksi ahli Facebook Group berkenaan.

Ramai yang menyokong tindakan individu itu kerana ia umpama satu pengajaran buat pemandu Tesla untuk tidak diletakkan merata-rata tempat.

Pada masa sama, ada yang mengganggap tindakan itu melampui batas. Di mana hanya pihak berkuasa sahaja yang layak untuk mengambil tindakan atas kesalahan tersebut.

“Kepada mereka yang berpendapat ini baik atau kepada individu yang melakukan ini (content kereta), saya sangat berharap anda adalah warganegara yang mematuhi undang-undang pada setiap masa, jika tidak perkara seperti itu akan berlaku kepada anda dan anda tidak boleh menangis tentangnya ya,” ujar salah seorang warganet.

Baca : Ramai perli backpacker Mat Saleh angkat signboard Gerik nak tumpang