Netizen samakan situasi Fattah Amin sama dengan Johnny Depp

Oleh AHMAD BADRUL

Hantaran adik ipar kepada pelakon Fattah Amin, Wan Aslam Zakaria, telah mencuri perhatian netizen,

dengan ruangan komen dipenuhi pelbagai kata-kata semangat ditujukan kepada bekas suami Nur Fazura.

Dalam hantaran tersebut, Wan Aslam berkongsi gambar Fattah bersama ibu bapa

sejurus selesai prosiding perceraian yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada hari Isnin.

Suami kepada adik perempuan Fattah ini juga menitipkan doa agar aktor tersebut kekal tenang dan segala urusannya dipermudahkan.

Netizen samakan situasi Fattah Amin sama dengan Johnny Depp

“Bodyguard Along (Fattah), cukuplah bawa ibu dan ayah tercinta.

“Kekal tenang dan senyum. Insya-Allah, Allah permudahkan,” katanya melalui hantaran di Facebook miliknya pada hari Isnin.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mendoakan agar Fattah tabah menghadapi ujian hidup dan dipermudahkan urusan selepas ini.

“Semoga tabah hadapi dugaan, ingat semua kita ada Fattah Amin yang perlu dihalalkan.

“Johnny Depp versi Malaysia, semoga urusan Fattah selepas ini dipermudahkan.

“Muka seiras ayah, kekal tabah dan maju ke hadapan. Saya tak pernah ambil tahu hal artis, tapi kali ini saya rasa terkesan dengan kes Fattah,” tulis netizen.

Sebelum ini, Fazura secara terbuka mendedahkan sikap curang Fattah, atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, menjadi salah satu punca dia menuntut cerai di mahkamah.

Pelakon itu turut menyebut beberapa faktor lain, termasuk isu nafkah dan tiada persefahaman.

BACA: Bekas kekasih doakan semua urusan Fattah Amin dipermudahkan