Netizen terkejut tengok Datuk Red cium Adira walaupun dah cerai

Oleh ADINDA

Adira Suhaimi akui terkejut dengan tindakan Datuk Red yang mengucup kepalanya secara tiba tiba.

Tindakan itu membuatkan Datuk Red dikecam memandangkan Adira adalah bekas isterinya.

Menurut Adira, netizen boleh menilai sendiri reaksi daripadanya ketika Datuk Red mengucup kepalanya.

Adira memutuskan untuk tidak mengulas lanjut kerana enggan memanaskan lagi keadaan.

Bercakap kepada mStar, Adira berkata: “Saya rasa semua orang nampak sendiri reaksi saya. Tetapi kalau boleh saya tak mahu memberikan sebarang komen tentang perkara ini.”

Adira masih berhubung rapat dengan Datuk Red walaupun sudah bercerai. Dan dia menegaskan bahawa niat dia adalah mahu membantu Datuk Red dalam perniagaan atas taliannya.

Adira dan Datuk Red sah bercerai pada 24 April yang lalu selepas 9 tahun mendirikan rumah tangga. Datuk Red turut menceraikan seorang lagi isterinya iaitu Sharifah Norshafila pada bulan berikutnya.

Adira antara orang yang seringkali menyokong perjuangan bekas suaminya itu yang mahu bangkit semula selepas dia terjatuh sebelum ini.

Pernah satu ketika Datuk Red terpaksa meminta mana mana individu atau syarikat memberikannya kerja untuk dia meneruskan kelangsungan hidupnya.

Kisah Datuk Red menarik perhatian ramai dan dia mulai menjadi viral. Akhirnya dia berjaya mendapatkan banyak kontrak iklan dan juga duta produk.

Dia berjaya menjadi pempengaruh media sosial di TikTok kerana ramai mulai menjadi pengikutnya.

Baca: Stress duit hilang, Sami usia 91 tahun mati selepas tahu kena scam