Nonny buat hal lagi tayang sedang berkemban, sikit lagi nak terlondeh

Oleh ADINDA

Belum lagi reda dengan isu imej berambut botak, penyanyi dan pelakon Nonny Nadirah sekali lagi mencetuskan kontroversi.

Berkemban?

Terbaharu, Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin memuat naik sepotong video di Instagram memperlihatkan dirinya seakan sedang berkemban.

Nonny buat hal lagi tayang sedang berkemban, sikit lagi nak terlondeh

Menerusi klip berkenaan, Nonny merakam dirinya dari arah belakang dan dilihat hanya menutup tubuhnya menggunakan sehelai tuala.

Nonny yang menggunakan emoji percikan air sebagai kapsyen bagaimanapun bertindak menutup ruangan komen perkongsian tersebut.

Tindakan bekas peserta program Akademi Fantasia itu sekali lagi menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Sehingga artikel ini ditulis, video berdurasi 14 saat itu telah menerima lebih 3,000 tanda suka.

Sebelum ini, Nonny mengejutkan pengikut dan peminatnya apabila tampil dengan imej botak.

Susulan itu, ramai wargamaya yang mendakwa tindakan penyanyi itu berbuat demikian seperti lapar perhatian.

Sumber: Instagram

Baca : Jimat duit bila dah tahu buat pewangi sendiri, ini rahsianya