Order makanan di puncak Kinabalu, rider foodpanda sanggup hantar order sampai atas undang reaksi warganet

Oleh GEMILANGDAILY

Order makanan di puncak Kinabalu, rider foodpanda sanggup hantar order sampai atas undang reaksi warganet, Hal ini kerana, ia melibatkan pelbagai risiko berbahaya.

Kebiasaannya penghantar makanan ini akan menghantar di kawasan rumah atau bangunan betul tak?

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki yang berpakaian seragam foodpanda dilihat seperti menghantar makanan di atas gunung telah mendapat perhatian ramai.

Order makanan di puncak Kinabalu, rider foodpanda sanggup hantar order sampai atas undang reaksi warganet

Siap galas beg makanan foodpanda atas gunung

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki yang memakai pakaian lengkap rider foodpanda sedang berada di atas Gunung Kinabalu.

Situasi itu membuatkan ramai tertanya-tanya, adakah betul atau sekadar hiburan semata-mata. Menjawab pertanyaan itu, lelaki berkenaan membalas sebuah komen dari netizen dengan menjawab “Tidak lah kak, mendaki gunung jadi saya bawa baju panda saya untuk bergambar.”

@nasirsabara94 lari sebab kena kejar anjing❎ lari sebab kejar masa mau checkout di #suterasanctuarylodge#triptoakinabalu #kinabalupark #summitkinabalu #panalaban #mountkinabalu ♬ Funny Song – Bensound


Difahamkan juga, dia turut membuat persiapan daripada segi fizikal sebelum pendakian tersebut, baru-baru ini.

Lihat video itu di bawah:

@nasirsabara94 haihh Masi belum boleh moveon bha.. #mountkinabalu #panalaban..#CapCut ♬ original sound – nasirsabara94

“Ini mesti transport dia awan Goku ni” – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen dihujani dengan pelbagai usikan dan hiburan selepas mereka melihat video tersebut.

BACA:

Ibu ikhlas walaupun penat diperlakukan seperti bibik, satu hari aku terdengar apa nenek cakap pasal ibu, tak sanggup dengar

Pelajar tingkatan 4 dari Sarawak hanya perlukan 16saat untuk ‘jackpot’ RM44,000, Ini cara pantas dia dapatkan