Panduan ‘simple’ pilih warna pakaian berdasarkan bentuk tubuh, boleh sembunyi lemak

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Berbadan gempal dan tinggi

Orang yang badannya seperti ini sesuai memakai baju berwarna gelap seperti hitam, coklat tua, biru gelap, hijau gelap kerana warna-warna ini boleh membuatkan anda kelihatan lebih kurus.

Jika ingin bergaya dengan baju bercorak, pilih corak bunga-bunga kecil.

Panduan 'simple' pilih warna pakaian berdasarkan bentuk tubuh, boleh sembunyi lemak
Panduan ‘simple’ pilih warna pakaian berdasarkan bentuk tubuh, boleh sembunyi lemak

Jangan memakai pakaian warna terlalu cerah dan corak bunga yang besar kerana ia akan menonjolkan kebesaran badan anda.

Berbadan kurus dan rendah

Jika kamu termasuk dalam kumpulan ini, tunjukkan penampilanmu dengan memilih pakaian berwarna cerah dan berbunga-bunga yang agak besar.

Corak garis tegak sesuai digunakan agar kamu kelihatan lebih tinggi.

Untuk melengkapkan penampilanmu, pakailah kasut bertumit tinggi wedges kerana ia dapat menambahkan ketinggianmu.

Berbadan kurus dan tinggi

Untuk orang yang kurus dan tinggi, anda boleh memilih pakaian berwarna cerah seperti merah jambu, merah, kuning, oren, hijau, biru muda, dan coklat.

Selain itu, anda juga boleh memilih pakaian dengan corak melintang atau bunga yang besar untuk menyamarkan kekurangan berat badan anda.

Corak tersebut akan memberi kesan anda lebih berisi.

Untuk mengetahui jenis pakaian yang sesuai, kamu perlu kenalpasti bentuk tubuhmu terlebih dahulu.

Secara umumnya, bentuk tubuh wanita boleh dibahagikan kepada 4 kategori iaitu:

(a) Bentuk badan seperti buah pear

Ciri-ciri wanita yang memiliki bentuk tubuh seperti buah pear bermaksud bahagian bawah pinggul dan peha lebih besar manakala bahagian atas lebih kecil, menjadikan pinggang kelihatan lebih kecil dan ramping secara tidak langsung.

Tips untuk badan buah pear

1. Pakaian yang betul untuk bentuk badan ini adalah yang mampu menyelaraskan bahagian atas dengan bahagian bawah badan.

Pakaian dengan corak berlainan dan berwarna cerah sesuai untuk dipakai di bahagian atas.

Pakaian yang mempunyai bahu atau lengan yang lebar, bersusun-susun, atau mempunyai banyak hiasan juga boleh membuat bahagian atas badan anda kelihatan sedikit besar, dan pada masa yang sama, ia menyeimbangkan badan anda.

2. Untuk bahagian bawah badan, seluar jenis potongan biasa dan slim/boot cut sangat sesuai.

3. Elakkan pakaian yang berwarna gelap untuk bahagian atas dan seluar yang terlalu ketat di pinggul kerana ia akan menonjolkan bentuk pinggul anda yang besar.

4. Cari aksesori yang boleh diletakkan di leher untuk membantu menyelaraskan kawasan pinggul dan paha. Jangan memakai pakaian yang terlalu ketat.

(b) Bentuk tubuh epal

Bentuk badan epal kerana badan jenis ini cenderung bulat dan pendek dengan pinggang yang lebih besar.

Tips untuk bentuk badan epal:

1. Padankan warna-warna ceria dan terang di bahagian atas badan dengan warna gelap di bahagian bawah.

Gunakan tali pinggang sederhana untuk menambah daya tarikan.

2. Pilih pakaian dengan reka bentuk A atau skirt, dan pilih warna gelap untuk kelihatan lebih langsing.

3. Bagi yang tidak memakai tudung, gunakan pakaian dengan reka bentuk leher V untuk menyeimbangkan badan.

4. Elakkan pakaian yang mempunyai reka bentuk leher ‘turtleneck’ kerana ia boleh menonjolkan rupa badan yang lebih besar.

5. Jauhi hiasan manik-manik di bahagian pinggang.

6. Pilih pakaian yang agak longgar untuk menyembunyikan bahagian pinggang.

Hindari penggunaan aksesori pinggang yang berlebihan agar pinggang tidak kelihatan lebih besar dan berisi.

(c) Bentuk tubuh 4 segi atau rectangle

Wanita yang memiliki bentuk tubuh seperti ini mempunyai ciri-ciri di mana ukuran payudara dan pinggul mereka sama dan tubuh mereka terlihat lurus.

Tips untuk tubuh berbentuk segi empat:

1. Pilihlah pakaian yang memiliki potongan yang jelas untuk membantu menonjolkan lekuk tubuh, seperti pakaian dengan garis-garis geometri atau pakaian dengan pinggang yang diikat atau pakaian yang memiliki detail seperti kerut yang tidak kelihatan sangat menonkol.

2. Elakkan pakaian yang terlalu tipis atau ringan. Jangan memakai terlalu banyak aksesori agar tidak terlihat terlalu serabut.

(d) Bentuk jam pasir

Wanita dengan bentuk tubuh ini dikatakan ideal. Mereka yang memiliki bentuk tubuh jam pasir memiliki bahu dan pinggang sama dan tubuh mengecil dibahagian pinggang

Tips untuk tubuh jam pasir :

1. Mereka yang memiliki bentuk tubuh jenis ini sangat bertuah kerana anda sesuai memakai semua jenis pakaian.

2. Untuk bahagian bawah tubuh digalakkan mengenakan seluar dengan potongan A-line agar anda kelihatan ramping.

Baca :

Rebut pahala berganda, ustazah Asma’ kongsi tips penting yang perlu buat untuk tempuh bulan suci

“Buka api terus..” – Cara goreng sosej supaya tak kecut, elok kejadiannya!

Shakilla Khoriri raih pujian apabila masih melayan baik pemuda yang langgar keretanya hingga ‘rompong’