Pasangan adik beradik kembar nekad nak kongsi teman lelaki, siap nak hamil sekali

Oleh GEMILANGDAILY

Pasangan adik beradik kembar nekad nak kongsi teman lelaki, siap nak hamil sekali. Sepasang adik-beradik kembar perempuan di Perth mendakwa bahawa mereka merupakan pasangan ‘kembar paling seiras’ di dunia

selepas mengakui melakukan setiap perkara bersama-sama.

Cabut gigi & berak bersama!

Kisah itu dikongsikan oleh pasangan kembar tersebut iaitu Anna dan Lucy DeCinqu, dalam sebuah program bual bicara tempatan, This Morning pada 22 Februari.

Pasangan adik beradik kembar nekad nak kongsi teman lelaki, siap nak hamil sekali

Malah, Lucy mendedahkan bahawa dia pernah mengambil keputusan untuk mencabut giginya yang sihat bagi mengekalkan rupa ‘seiras’ mereka selepas gigi Anna terpaksa dicabut akibat jangkitan.

Mereka berdua yang berusia 37 tahun itu turut memberitahu bahawa mereka sanggup untuk menimbang setiap hidangan mereka bagi memastikan proses pelawasan berlaku serentak agar membuang air besar pada waktu yang sama!

Ingin hamil sekali, anak lelaki yang sama

Disebabkan ‘kekuatan’ hubungan mereka sebagai pasangan kembar, kedua-dua wanita itu tidak kisah bercinta dengan lelaki yang sama malah mereka turut memasang impian untuk hamil pada waktu yang sama.

Pun begitu, Lucy dan Anna tidak mempunyai masalah sekiranya salah seorang daripada mereka mengandung lebih awal daripada yang lain.

Mereka juga tidak pernah mengalami masalah yang berkaitan dengan cemburu walaupun berkongsi kasih sayang dengan lelaki yang sama selama 11 tahun.

BACA:

Kerajaan beri cuti kepada pasangan baru kahwin, ini syaratnya

Sanggup bermusafir ke rumah pada hari jumaat semata-mata tidak mahu solat jumaat, ini pendapat ulama