Patutlah Char Kuey Teow tak rasa macam kat kedai, rupanya tertinggal satu bahan

Oleh NADIA HARON

Char Kuey Teow adalah salah satu hidangan yang popular dan ikonik di negara Asia Tenggara termasuklah Malaysia.

Kebiasaannya, orang ramai lebih gemar membeli hidangan ini berbanding masak sendiri berikutan proses penyediaan bahannya yang agak leceh dan merumitkan.

Sebagai contohnya, anda perlu bersusah payah merebus kulit udang atau mengisar pelbagai bahan-bahan lainnya hanya untuk menyediakan pes Char Kuey Teow.

Patutlah Char Kuey Teow tak rasa macam kat kedai, rupanya tertinggal satu bahan

Tanpa orang ramai ketahui, rupa-rupanya ada satu bahan atau ‘langkah’ rahsia yang boleh pembaca ikuti untuk memasak hidangan ini tanpa perlu melalui proses rumit.

Rasa seperti di kedai, berikut kami kongsikan resepi Char Kuey Teow dari pengguna Facebook, Nurhani Yusoff yang menggunakan sejenis sos bagi melazatkan hidangannya.

Bahan-bahan:

  1. Dua genggam kuey teow
  2. Dua biji bawang kecil (dimayang)
  3. Dua ulas bawang putih (dimayang)
  4. Sesudu cili kisar (ikut tahap pedas)
  5. Sesudu sos ikan Thai (bahan penyedap)
  6. Tiga atau empat sudu sos tiram
  7. Tiga atau empat sudu sos cili
  8. Kicap
  9. Gula
  10. Sebiji telur
  11. Sayur taugeh dan kucai
  12. Udang

Sos ikan Thai yang digunakan oleh Nurhani Yusoff


Cara-cara memasak:

1. Tumis hirisan bawang kecil dan bawang putih sehingga wangi. Kemudian, masukkan cili kisar, dan tunggu sehingga garing atau masak.

2. Masuk semua jenis sos sekali. Tambahkan air, kicap, gula dan telur. Biarkan mendidih seketika. Sesuaikan rasa, jangan manis sangat sebelum masuk udang (kalau tak cukup masam manis, boleh betulkan menggunakan sos cili, gula dan air).

3. Apabila sos sudah pekat dan rasa serta warna Char Kuey Teow sudah sesuai, boleh mula masukkan kuey teow, tauge, kucai bersama udang.

4. Kacau sehingga udang masak. Kemudian terus masuk dalam pinggan. Perlu dimakab panas-panas. Jangan sampai kembang, barulah sedap!

Baca juga:Ac Mizal didakwa dah lupakan anak, akhirnya bekas isteri buka mulut bersuara