Patutlah pakar kanak-kanak pesan kepada ibu bapa jangan ambil mudah dengan aktiviti mewarna, rupanya ini sebabnya

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Patutlah pakar kanak-kanak pesan kepada ibu bapa jangan ambil mudah dengan aktiviti mewarna, rupanya ini sebabnya

Sebagai ibu bapa, pasti banyak kaedah yang diamalkan dalam mendidik dan membesarkan anak kecil anda.

Jika di sekolah, mungkin ianya terletak pada bahu guru, namun di rumah, segalanya adalah daripada anda sendiri.

Patutlah pakar kanak-kanak pesan kepada ibu bapa jangan ambil mudah dengan aktiviti mewarna, rupanya ini sebabnya

Namun, salah satu aktiviti yang penting untuk pembesaran anak kecil tapi seringkali dipandang ringan adalah aktiviti mewarna. Kenapa ya?

Bukankah ia hanya sekadar memegang pensel warna, mewarna dan siap sahaja?

Ikuti penjelasan oleh seorang pengamal terapi cara kerja (occupational therapist), saudari Aabidah Ab Ghani di bawah ini.

Macam biasa, selesai sarapan, buka phone. Baca dan balas mana-mana WhatsApp yang berkaitan dan penting.

Terhenti pada satu permintaan seorang guru untuk content sharing berkenaan mewarna.

Saya puji kesungguhan dan kecintaan guru ini pada pendidikan awal kanak-kanak sehinggakan pertandingan mewarna pun beliau mahu ibu bapa faham THE BIGH WHY dan VALUE di sebalik mewarna ini.

Kita terlalu selalu dihidangkan dengan aktiviti sekolah yang ‘bombastik the bomb‘..dan kita hargai sangat-sangat..

Eksperimen sains

Projek robotik

Hafazan

Dan macam-macam lagilah..

Tapi bila disebut tentang aktiviti mewarna, jarang kita hargai..

Sebab kita nampak mewarna sebagai ‘mewarna’, tapi kita gagal melihat PROSES yang berlaku di sebaliknya..
It is always a process. PROSES..

Proses apa? Proses pembelajaran melalui eksplorasi.

Gambar sekadar hiasan.
Apa yang mereka pelajari melalui eksplorasi dalam mewarna?
1. Ekspresi diri
Penggunaan atau pemilihan warna adalah salah satu channel anak mengeluarkan dirinya.

Warna-warna terang seperti merah melambangkan keberanian mereka, warna-warna gelap seperti hitam pula adalah ekspresi diri yang tegas, keras dan independent..kadang-kala dramatis.

Semakin kerap mengendalikan warna, semakin mudah anak-anak belajar mengekspresi diri.

Semakin mudah anak mengekspresi diri, semakin mereka kenal dan percaya pada diri sendiri dan mudah ke hadapan.
2. Membantu memperbaikkan kemahiran menulis (handwriting)
Latihan menulis itu penting, tapi memenatkan dan membosankan. Mewarna adalah alternatif terbaik dalam melatih anak-anak menulis dengan baik.

Kawalan pensel, pegangan pensel, kemahiran visual-motor, semuanya dapat dilatih semasa aktiviti mewarna.

Beri ruang untuk mereka melakukan kesilapan. Supaya mereka belajar bagaimana melakukannya dengan betul di kemudian hari.

Kurangkan panduan, beri kebebasan mereka menentukan gaya dan karya yang mahu dihasilkan. Supaya mereka tahu, ‘membuat keputusan’ adalah sesuatu yang mereka boleh buat.
Jika dalam latihan menulis huruf-huruf, kebebasan begini agak sukar diberikan, maka, gunakan mewarna sebagai medium latihan yang menyeronokkan.

3. Melatih fokus
Pastikan ia sesuatu yang menyeronokkan! Kerana jika mereka ‘enjoy’, ia mampu melatih fokus mereka agar lebih lama dalam aktiviti ‘table top’.

Sebab itulah jika anak yang baru belajar mewarna, kita perlu berikan gambar yang kecil supaya mereka boleh habiskan tanpa rasa mengeluh.

Menghabiskan task mewarna dalam satu kertas bersaiz A4 yang penuh bukan sesuatu yang mudah bagi anak-anak usia prasekolah.

Mereka memerlukan:-

Ketahanan fizikal, core muscle yang ada endurance yang cukup

Fokus yang lama untuk menghabiskan aktiviti yang memerlukan mereka duduk dengan baik

Maka dengan itu, janganlah memandang enteng lagi aktiviti mewarna..

Mudah menjadi pengadil, memilih manakah karya yang johan, kedua dan ketiga..

Tapi bukan mudah nak meniti jalan proses anak-anak belajar mewarna hingga mampu menghasilkan apa yang tuan-puan lihat hari ini.

BACA: Kenapa orang tua-tua pesan kalau jumpa ular jangan pukul, lelaki ini jelaskan sebabnya