Patutlah ramai yang tergila-gila dengan air sarang burung, asal nak beli je sold out

Oleh GEMILANGDAILY

Patutlah ramai yang tergila-gila dengan air sarang burung, asal nak beli je sold out. Kalau ke Watsons, Guardian atau farmasi, apakah barang pertama yang akan kamu cari?

Kalau Miss Murai dan wanita lain, minuman sarang burung walit yang menjadi item pertama yang akan memenuhi raga shopping!

Nak tahu kenapa?

Apabila sudah mencuba bermacam-macam produk kecantikan dan tidak nampak hasilnya…

Patutlah ramai yang tergila-gila dengan air sarang burung, asal nak beli je sold out

Maksudnya kamu perlu semak semula diet kamu. Adakah kamu amalkan diet yang sihat? Ambil makanan/minuman tambahan atau tidak?

Sekiranya tidak, inilah masanya untuk kamu mencuba minuman sarang burung walit. Psst… Selepas sebulan amalkan, jangan terkejut ye lihat keberkesannya pada kulit kamu!

Penting ke minuman sarang burung ini?

Kalau kamu nak tahu, sebenarnya pengambilan sebotol air minuman sarang burung setiap hari boleh mengubah badan dan juga penampilan seseorang.

Cuba amalkan dalam masa sebulan, pasti kamu akan terkejut melihat hasilnya dari segi kecantikan dan juga kesihatan.

Mungkin ada yang tidak tahu, minuman ini boleh memulihkan kulit dengan cepat, mempertingkatkan sistem imun dan meremajakan wajah dengan pembaikan kulit.

Pada masa yang sama, ada beberapa lagi kebaikan minuman sarang burung ini pada kesihatan dan kecantikan kamu, seperti:

Kolagen dalam sarang burung boleh melancarkan pembuluh darah, meningkatkan nafsu makan dan membaiki saluran pencernaan.

Sarang burung walit boleh kurangkan kahak dan sembuhkan batuk serta mempunyai nutrisi yang bagus untuk paru-paru.

Wanita hamil yang ambil minuman ini boleh kurangkan rasa sakit di pinggul, percepatkan proses penyembuhan selepas bersalin dan kuatkan paru-paru kandungan.

Dari segi kecantikan pula, minuman ini boleh tingkatkan daya metabolisme, membaiki kulit serta melambatkan proses penuaan.

Sebelum minum, pastikan kamu tahu perkara ini dulu…

Bagi kamu yang baru nak mencuba buat pertama kali, sebelum mencubanya pastikan kamu tahu beberapa perkara tentang minuman sarang burung ini terlebih dahulu…

(FG Walet Collagen Plus Bird Nest / Royal Bird Nest Drink With Red Date & Chrysanthemum)

Sebaik-baiknya minum minuman sarang burung ini ketika perut kosong untuk bolehkan badan menyerap nutrien dengan baik.

Bagi lelaki, minuman sarang burung boleh meningkatkan sistem kekebalan tubuh atau imuniti.

Warga emas boleh ambil sarang burung untuk kurangkan batuk kering yang kronik, legakan keletihan dan merangsang pergerakan usus yang lebih baik.

Amalkan pengambilan sarang burung pada kanak-kanak untuk membantu halang selesema selain tingkatkan fungsi paru-paru, imuniti dan buah pinggang

BACA:

Sophia Albarakbah cetus kontroversi lagi, dilihat selamba peluk lelaki dalam wayang

Tak perlu walk-in untuk urusan bank, hanya satu klik sahaja dah settle! Ini caranya