Pedas memang terangkat! Cara buat sos Thai ‘homemade’, enak dicicah dengan lokcing

Oleh NADIA HARON

Melalui perkongsian Puan Felinna Fattah di laman Facebooknya, beliau telah berkongsi cara membuat sos Thai sendiri yang menjadi kegemaran anaknya.

Sos Thai ini sesuai untuk dimakan dengan sosej bakar, sate ikan, sotong bakar, dan pelbagai hidangan lain.

Pastinya, menu ini sesuai untuk dihidangkan semasa minum petang bersama keluarga.

Pedas memang terangkat! Cara buat sos Thai 'homemade', enak dicicah dengan lokcing
Pedas memang terangkat! Cara buat sos Thai ‘homemade’, enak dicicah dengan lokcing

Bahan-bahan untuk sos lokching:

• 3 ulas bawang putih

• 3 cili besar (Nak lebih pedas, tambahkan cili padi)

• 2 batang akar daun ketumbar

• Gula melaka atau gula Thai

• Garam

• Cuka

• Tepung jagung

• Daun ketumbar

Cara-cara penyediaannya:

1. Kisar semua bahan di atas dan campurkan separuh cawan air.

2. Lalu masak dengan api kecil atau sederhana dan tambahkan gula, garam, dan sedikit cuka.

3. Kemudian, tambahkan bancuhan tepung jagung, serta hiris daun ketumbar.

4. Gaul hingga sebati dan siap untuk dinikmati.

Nikmati dengan sosej panggang, pasti menyelerakan!

Selamat mencuba!

Baca :

Tak perlu pergi mamak, senang sangat nak buat roti canai homemade garing & sedap

Gebu & lembut bak span, individu ini kongsi resipi pancake viral ‘confirm’ jadi

Tak perlu makan ubat, buah delima mampu tingkatkan tenaga batin