Pekerjaan artis Malaysia sebelum terkenal, no.8 tu ramai tak sangka!

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Pernahkah anda membayangkan perjalanan hidup selebriti-selebriti Malaysia sebelum mereka mencapai ketenaran di tanah air,

Mengubah nasib mereka dari kehidupan yang mencabar? Tidak semua selebriti dilahirkan dalam keluarga berada;

Mereka juga memulakan dari bawah seperti kebanyakan individu lain.

Pekerjaan artis Malaysia sebelum terkenal, no.8 tu ramai tak sangka!

Beberapa di antara mereka telah berjaya sehingga dapat membuka perniagaan sendiri dan menarik perhatian masyarakat.

Anda mungkin tidak menyangka pekerjaan apa yang mereka lakukan sebelum dikenali sebagai selebriti terkenal!

1.Remy Ishak

Pelakon terkenal kelahiran Melaka ini pernah berusaha keras mencari rezeki dengan menjual ikan dan ayam segar di pasar pagi.

Selain itu, Remy juga pernah menjadi penoreh getah, buruh kasar, dan bekerja di landskap tepi jalan.

Keputusan nekad untuk mencari nasib di Kuala Lumpur pada usia 18 tahun membawa perubahan besar dalam hidupnya setelah dikenali oleh pengarah Osman Ali.

2.Datuk Aaron Aziz

Sebelum mencuba nasib sebagai pelakon di Malaysia, Datuk Aaron Aziz pernah berkerja sebagai jurujual kereta dan pengurus restoran dengan gaji yang mencukupi untuk makan sahaja

. Pengalaman awalnya dalam bidang lakonan adalah melalui drama Cinta Bollywood di Singapura. Aaron mengakui bahawa kesenangan yang dinikmatinya kini adalah hasil daripada pengorbanan dan sokongan keluarganya.

3.Datuk Sri Siti Nurhaliza

Penyanyi terkenal ini bermula dengan menjual kuih ketika berusia sembilan tahun untuk membantu keluarganya. Pengalaman menjual kuih membentuk asas kejayaannya hari ini.

Meskipun menghadapi kesusahan ketika muda, Siti Nurhaliza memperoleh kebijaksanaan kewangan dan meningkatkan kebolehan berkomunikasi dengan orang ramai.

4.Datuk Yusof Haslam

Sebelum menjadi pengarah terkenal, Yusof Haslam pernah menjadi konduktor bas di Kuala Lumpur.

Walaupun hanya bertahan selama 10 bulan, Yusof kemudian mencuba pelbagai pekerjaan termasuklah menjual kereta terpakai, menjadi penganjur persembahan, dan berniaga di kantin sekolah.

Malah, beliau juga ditawarkan jawatan sebagai pegawai penjara, tetapi menolak tawaran tersebut.

5.Shukri Yahaya

Dilahirkan di Kuala Lumpur, Shukri Yahaya pernah bekerja sebagai juruaudit di syarikat kedai serbaneka dan sebagai kerani di sebuah bank.

Walaupun tidak merasakan kepuasan di tempat kerja tersebut, Shukri kemudian mengasah bakat lakonannya dan berjaya melalui filem Jiwa Taiko.

6.Nabil Ahmad

Nabil Ahmad mula menempah nama melalui program realiti Raja Lawak. Dulu, bapanya bekerja sebagai pemandu lori dan ibunya sebagai guru Bahasa Inggeris di tadika. Nabil berhijrah ke Kuala Lumpur pada 2008 dan mula mengasah bakat lakonannya, dengan filem pertamanya, Sifu dan Tongga.

7.Adibah Noor

Adibah Noor pernah menjadi guru Bahasa Inggeris sebelum beralih ke bidang seni. Beliau memasuki pertandingan nyanyian Suara 90-an Nescafe, yang membuka pintu kejayaannya dalam bidang seni. Adibah sekarang dikenali sebagai penyanyi terkenal.

8.Tuju K-Clique

Ahli Kumpulan K-Clique, Tuju, sebelum menjadi artis terkenal, pernah mencuba pelbagai pekerjaan, termasuk menjadi pencuci kereta. Mula-mula dikenali dalam muzik ‘underground’, kebolehan menyanyi pelbagai genre lagu membawa Tuju mendapat pengiktirafan dalam industri muzik tempatan.

9.Jep Sepahtu

Jep, atau nama sebenarnya Mohd Nazri, merupakan seorang pelawak, pelakon, pengacara, dan penyampai radio terkenal.

Sebelum berkecimpung dalam seni, Jep bekerja sebagai pencuci mesin di syarikat New Straits Times dan tukang angkat bagasi di Air Asia. Kini, beliau merupakan salah satu pelawak paling popular di Malaysia.

10.Jihan Muse

Pelawak, pelakon, dan pengacara popular Jihan Muse pernah berkhidmat sebagai Juruteknik bangunan di Majlis Bandaraya Shah Alam sebelum menceburi bidang seni sepenuh masa.

Pengalaman ini memberi beliau asas untuk berlakon pada hujung minggu, dan keputusan untuk mengejar impian seni membawa kejayaan dalam kerjayanya sebagai pelawak terkenal.

Kisah hidup mereka membuktikan bahawa kejayaan tidak datang tanpa usaha, dan kebanyakan daripada mereka berjaya mengubah nasib mereka dari kehidupan yang mencabar sebelum menjadi selebriti yang terkenal di Malaysia.

BACA: “Jangan berani lagi korang anak beranak datang sini lagi! pergi berambus! Suami nekad halau kakak ipar, rupanya ini dia buat”