Pelik tabiat lelaki ini ratah ayam mentah, ramai hairan apa yang berlaku selepas 100 hari

Oleh AHMAD BADRUL

Sanggup ratah ayam mentah selama 100 hari hanya semata-mata mahu melihat kesan pada dirinya selepas makan daging tidak dimasak itu.

Seorang lelaki di Florida baik-baik sahaja selepas makan daging ayam mentah setiap hari selama 100 hari.

Perutnya seolah-olah kebal tak alah dengan bakteria.

Pelik tabiat lelaki ini ratah ayam mentah, ramai hairan apa yang berlaku selepas 100 hari
Pelik tabiat lelaki ini ratah ayam mentah, ramai hairan apa yang berlaku selepas 100 hari

Walaupun makan ayam mentah meningkatkan risiko untuk dijangkiti bakteria salmonella dan campylobacter tetapi tidak buat penduduk di tenggara Amerika Syarikat (AS) ini.

Dia membuat rakaman video makan daging ayam mentah setiap hari itu yang disiarkan di platform Instagram serta TikTok, lapor portal berita Dexerto.

Peliknya lelaki hanya dikenali sebagai John itu tidak mengalami simptom yang dialami jika memakan ayam mentah seperti loya, muntah, kekejangan perut, dan cirit-birit.

Warga AS berkenaan tidak mengalami sakit perut walaupun pada tahap yang ringan.

Menerusi video pertama pada 19 Januari lalu, lelaki itu duduk di hadapan kamera bersama daging ayam mentah dan satu gelas berisi telur mentah di atas meja.

“Hari pertama makan ayam mentah selama 100 hari atau sehingga saya mendapat sakit perut.

“Jangan tiru perbuatan ini di rumah. Ikuti saya untuk melihat apa yang akan berlaku,” ujarnya di media sosial itu.

Dia kemudiannya makan daging ayam mentah itu sebelum rakaman video berakhir dengan dia menunjukkan gelas mengandungi telur.

Sehingga 14 Februari lalu, John telah makan daging ayam mentah selama 27 hari dan dia terus melakukan perbuatan tersebut.

Walau bagaimanapun, John masih berada dalam keadaan baik dan tidak menghidap sakit perut.

Baca :

Afieq Shazwan isi ‘kekosongan’ Raja Pop di pentas juara lagu

Cuba 6 cara ini jimatkan bateri telefon, tidaklah gelabah sangat cari ‘power bank’

Kenapa doktor selalu pesan habiskan ubat antibiotik? Ini jawapannya