Pemain tumbuk pengadil di padang KL

Oleh ADINDA

Seorang pengadil bernasib malang apabila beliau ditumbuk ketika bertugas mengendalikan sebuah perlawanan peringkat liga sosial di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut sumber yang memberitahu Vocket FC, pengadil tersebut bertugas untuk mengendalikan perlawanan sebuah liga amatur iaitu Footy Premier League di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Bharu antara FC Pirates menentang Ukay Positive.

Pada separuh masa kedua, pengadil bertugas memberikan sepakan penalti kepada Pirates selepas salah seorang pemain Ukay melakukan kekasaran dalam kawasan penalti.Pemain tumbuk pengadil di padang KL

Akan tetapi, keputusan itu tidak disenangi oleh pemain terbabit dan kemudiannya menumbuk pengadil selepas beliau dilayangkan kad kuning kerana membuat bantahan keras.

Selepas video insiden itu viral di laman media sosial, ramai pihak mengecam tindakan pemain itu yang dianggap tidak profesional serta terlalu berlebihan memandangkan beliau hanya beraksi di peringkat amatur.

Ramai yang mahukan pemain itu digantung dari menyertai mana-mana kejohanan malah ada yang mahu pemain tersebut dilarang untuk bermain di mana-mana padang bola sepak di negara ini ekoran tindakan agresifnya.

Ini bukan kejadian pertama melibatkan kekerasan dalam arena bola sepak amatur negara, baik di peringkat senior mahupun akar umbi seperti liga pembangunan di sekitar Lembah Klang.

Para pemain perlu lebih profesional dan tidak bertindak mengikut emosi sekiranya terlibat dalam situasi seperti di atas selain perlu bertindak lebih rasional di atas padang.

Baca : Untung besar! Ecoworld jual tanah kepada Microsoft dengan harga RM402.3 Juta