Pemilik homestay luah rasa kesal dapat penghuni tidak jujur, tinggalkan rumah bersepah

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Seperti dalam mimpi ngeri bagi sesiapa yang memiliki homestay jika mereka menerima tetamu yang tidak bertanggungjawab.

Lebih menyedihkan lagi apabila rumah tersebut dibiarkan dalam keadaan yang sangat kotor.

Dalam video yang dikongsi oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Zyhafaroshaa di TikTok, dia meluahkan rasa kecewa melihat homestay miliknya menjadi sangat bersepah.

Pemilik homestay luah rasa kesal dapat penghuni tidak jujur, tinggalkan rumah bersepah
Pemilik homestay luah rasa kesal dapat penghuni tidak jujur, tinggalkan rumah bersepah

Dalam video tu, nampak barang dalam rumah tidak tersusun kemas dan tilam yang patutnya dalam bilik, ada kat ruang tamu.

Lagi terkejut bila awalnya tuan rumah anggap tetamu seorang tapi sebenarnya datang tiga kereta!

“Wanita berkenaan seperti tidak mampu berkata apa-apa dan hanya mampu mengucap mengenangkan masa serta tenaganya untuk membersihkan rumah terbabit.”

Penatlah bila dapat tetamu macam ni.

Tempah untuk seorang yang datang dengan 3 kereta.

Aku kena basuh rumah tu terus lepas tu.

Video yang berdurasi dua minit 11 saat tu mendapat lebih daripada 232 ribu tontonan dan lebih daripada 18 ribu ‘like’ di TikTok.

‘Dia tidur ke bergaduh’

“now i know im a good customer”

“aku g homestay sblum balik kemas weh,ikat sampah semua,sapu,hm mende la benda simple salu buat”

Melihat ke ruang komen, kebanyakan warganet juga merasa marah dengan sikap penghuni rumah itu yang tidak membersihkannya selepas guna.

Ada juga yang berkongsi pengalaman serupa.

Baca :

Terima sentuhan jemari Alha Alfa, netizen terkesima dengan kecantikan Puteri Balqis

Resipi ori dari pahang patin masak tempoyak buat kecur air liur – “lagi pekat kuah, lagi sedap”

Basuh tangan guna air sirap kenduri rupanya haram, ini penjelasan Ustaz Azhar Idrus