Pemilik tepuk dahi, kena caj RM12,715 hanya untuk pulihkan bekalan elektrik

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Seorang pemilik rumah terkejut dikenakan caj sebanyak SG$3,590 (RM12,715) oleh seorang juruelektrik bagi membaiki peranti suis mekanikal pada hari pertama sambutan Tahun Baharu Cina, lapor laman berita The New Paper hari ini.

Lelaki dikenali sebagai Andy itu mengemukakan soalan di laman sembang Facebook, ‘Home DIY’ Singapura bagi mendapat jawapan, sama ada harga yang dikenakan pada waktu malam itu adalah normal.

Menurut Andy, dia menggunakan khidmat juruelektrik tersebut selepas mencari maklumat di enjin carian Google setelah gagal memulihkan kembali bekalan tenaga elektrik di rumahnya pada pukul 11 malam (waktu tempatan), Sabtu lalu.

Pemilik tepuk dahi, kena caj RM12,715 hanya untuk pulihkan bekalan elektrik

Andy berkata di Facebook pada keesokan harinya: “Tiada resit atau invois tetapi dia (juruelektrik) membuat perincian harga untuk saya selepas saya memintanya.”

Butiran harga itu adalah termasuk panggilan pada waktu malam dan penyelesaian masalahnya.

Baca juga: Jutawan! Wanita kerja kutip sampah buat live Tiktok dapat ratusan ribu gift