Penduduk kampung di Sabah ini terkejut tiba-tiba ada gunung berapi lumpur meletus setinggi 6 meter

Oleh GEMILANGDAILY

Penduduk kampung di Sabah ini terkejut tiba-tiba ada gunung berapi lumpur meletus setinggi 6 meter

Pakar geologi Sabah, Prof. Dr. Felix Tongkul memaklumkan situasi gunung berapi mengeluarkan letusan lumpur

Berlaku di Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu, semalam merupakan kejadian biasa.

Penduduk kampung di Sabah ini terkejut tiba-tiba ada gunung berapi lumpur meletus setinggi 6 meter

Beliau berkata, fenomena berkenaan berlaku apabila tekanan lumpur dalam bumi meningkat dan perlu dilepaskan.

“Keadaan ini berulang apabila tekanan terkumpul pada suatu masa tertentu.

“Kejadian gunung berapi lumpur seumpama ini (lebih aktif) adakalanya berlaku semasa kejadian gempa bumi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi sebentar tadi.

Gunung berapi lumpur bukan sesuatu kejadian baharu di Sabah, malah selain di Tabin, fenomena sama juga boleh ditemui di daerah lain termasuk yang popular di Taman Pulau Tiga dan Kuala Penyu.

Sementara itu, ditanya sama ada gunung berapi lumpur yang meletus itu mempunyai kaitan dengan kejadian gunung berapi aktif di pantai tenggara Taiwan semalam, Felix berkata, kedudukan Sabah yang agak jauh dari negara berkenaan diramalkan tidak menjejaskan atau memberi ancaman kepada Sabah.

Terdahulu, tular di media sosial tentang sebuah video yang memperlihatkan fenomena gunung berapi mengeluarkan lumpur.

Dalam video itu, kelihatan letusan berlaku sehingga menyebabkan sekumpulan dipercayai pemandu pelancong panik

BACA:

Gara-gara nak bolot semua harta suami, wanita ini tergamak upah pembunuh upahan demi harta

“Selama ni aku ingat isteri seronok duduk rumah mak ayah dia masa aku outstation. Tak sangka azab yang dia terima, dilayan macam hamba”