Penggemar rasa pedas patut tahu khasiat cili merah terhadap kesihatan jantung

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Cili merah yang memberi rasa pedas dalam masakan mempunyai manfaat yang unik.

Bagi sesiapa yang suka makan pedas, mari kita lihat apa kebaikan cili merah ini.

1. Meningkatkan kesihatan jantung dan mencegah strok

Penggemar rasa pedas patut tahu khasiat cili merah terhadap kesihatan jantung
Penggemar rasa pedas patut tahu khasiat cili merah terhadap kesihatan jantung

Makan cili merah boleh memberi kesan yang besar kepada sistem peredaran darah.

Ini akan membantu darah anda mengalir dengan lancar, dan pada masa yang sama melindungi anda daripada risiko strok.

2. Cili sebagai penahan sakit

Apabila anda memakan cili, ia akan menyebabkan otak anda mengeluarkan endorfin, iaitu hormon yang dapat mengurangkan rasa sakit.

Oleh itu, jika anda tidak mahu menggunakan pil penahan sakit, anda boleh mencuba memakan cili merah sebagai gantinya.

3. Bertindak sebagai terapi dan penenang

Jika anda suka makan makanan pedas, anda mungkin akan merasa gembira selepas memakan cili.

Ini kerana endorfin dalam cili merah dapat merangsang otak anda untuk merasai keseronokan apabila memakan cili.

4. Berperanan sebagai pertahanan semula jadi

Cili merah juga mempunyai sifat anti-bakteria dan anti-radang.

Tambahan pula, cili merah membantu melancarkan peredaran darah dan membawa darah segar yang berupaya melawan jangkitan.

5. Berperanan sebagai antioksidan

Cili merah mengandungi vitamin C dan vitamin A yang dapat melawan radikal bebas daripada menyerang tubuh badan.

Inilah beberapa manfaat cili merah yang dapat anda nikmati apabila mengamalkan pemakanan yang mengandungi cili merah.

Semoga bermanfaat bagi anda.

Baca :

Sedap sungguh! Kek keju lembut & gebu hanya guna 3 bahan ini

Jangan gelojoh! Ini tips beli rumah pada usia muda, yang penting minta pendapat orang tua

Dah ada kes umur 11 tahun pun kemurungan, pakar psikiatri ini dedah punca budak cenderung bunuh diri