Peniaga Kelantan ini kantoi jual makanan kepada orang tak berpuasa cetus reaksi netizen

Oleh GEMILANGDAILY

Peniaga Kelantan ini kantoi jual makanan kepada orang tak berpuasa cetus reaksi netizen.

Penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) hari ini menahan seorang ibu bersama anaknya yang menjual nasi bungkus kepada individu yang tidak berpuasa.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAHEAIK, Mohd Fadzuli Mohd Zain berkata,

Peniaga Kelantan ini kantoi jual makanan kepada orang tak berpuasa cetus reaksi netizen

pihaknya mendapat maklumat daripada orang awam dan melakukan intipan selama seminggu sebelum menjalankan operasi di Padang Tembak, Pengkalan Chepa hari ini.

Sebelum ditahan, wanita berusia 50-an itu bersama anak lelakinya berusia 20-an sedang berurusan dengan dua pelanggan yang juga pemandu lori.

Mereka menjual nasi bungkus secara bergeraka menggunakan kereta Perodua Myvi yang dipandu oleh anaknya.

Dua beranak itu kemudian ditahan pada jam 9 pagi dan hasil pemeriksaan dalam kenderaan mendapati, puluhan nasi bungkus berlauk ayam dan ikan disimpan dalam kenderaan itu untuk dijual kepada pelanggan yang tidak berpuasa.

Dua beranak itu juga adalah peniaga nasi yang dikenali orang ramai di kawasan tersebut dan telah menjalankan kegiataan tidak bermoral itu sejak hari pertama Ramadan.

Mereka ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 10 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) 2019 kerana tidak menghormati bulan Ramadan dengan menjual dan membekalkan makanan kepada orang Islam di siang hari.

Sementara itu, dua pelanggan terbabit juga akan dikenakan tindakan undang-undang sama ada denda RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Keempat-empat mereka dibebaskan dengan bon jaminan, selain diminta hadir ke Mahkamah Syariah dalam masa terdekat.

BACA:

‘Sampai buka , nak keluarkan kemaluan!’ 2 lelaki buat onar dalam surau di Pekan Banting

‘Jom berzina dalam masjid’, Iqram Dinzly anggap Allah bagi ilham cetus pertikaian netizen