Penyakit ‘mesra’ wanita ini biasanya kena pada obes, tapi ini 4 pekerjaan tambah risiko hidap sakit sendi

Oleh NADIA HARON

Kajian mendapati wanita lebih tinggi risiko mendapat sakit sendi lutut atau osteoartritis (OA), iaitu 60 peratus manakala lelaki 40 peratus.

OA sejenis artritis (sakit sendi) paling kerap ditemui dan ia disebabkan oleh kerosakan sendi tulang rawan (kartilaj) akibat usia semakin meningkat menyebabkan rawan menjadi haus dan botak.

Namun, tidak ramai tahu beberapa sektor pekerjaan dibuat berulang-ulang kali turut mempengaruhi dan menyebabkan risiko tinggi individu menghidap OA.

Penyakit 'mesra' wanita ini biasanya kena pada obes, tapi ini 4 pekerjaan tambah risiko hidap sakit sendi
Penyakit ‘mesra’ wanita ini biasanya kena pada obes, tapi ini 4 pekerjaan tambah risiko hidap sakit sendi

Jika anda terlibat dalam salah satu pekerjaan berikut, anda sebenarnya lebih berisiko mendapat OA untuk jangka masa panjang.

Di bawah antara 5 pekerjaan berisiko dapat OA seperti dikongsi Pakar Ortopedik dan Kecederaan Sendi Columbia Asia Hospital, Cheras, Dr Azfar Rizal Ahmad yang juga pakar perubatan sukan:

1. Pekerja kontrak

Apa-apa jenis pekerjaan membabitkan angkat berat akan meningkatkan stres atau tekanan pada tulang rawan dan menyebabkan dia (tulang rawan) menjadi nipis, haus, botak dan sebagainya.

2. Pemandu bas, trak atau lori

Risiko OA berpotensi berlaku kepada pemandu bas, trak atau lori yang memandu untuk jangka masa panjang.

Memandu tempoh lama dalam keadaan lutut membengkok (flexion). Apabila kaki lurus, kepala lutut terapung di atas.

Namun, apabila bengkok, urat atau otot akan tarik kepala lutut ke arah tulang paha.

Jadi, akan meningkatkan tekanan pada kepala lutut (patella) dan individu berisiko mendapat pattela kondromalasia.

Keadaan itu berlaku apabila tisu rawan atau kartilaj yang terletak di bahagian belakang pattela itu menjadi lembut dan nipis.

Memandu kenderaan manual kerap tekan minyak, klac dan break juga akan menyebabkan banyak tekanan berulang-ulang dan stres pada lutut.

3. Guru

Ramai kalangan guru juga menghidap OA khususnya yang mempunyai berat badan berlebihan.

Guru kerap berdiri ketika mengajar, membawa buku yang berat hingga meningkatkan tekanan kepada lutut mereka.

“Keadaan berdiri lama itu akan memberikan stres dan tekanan kepada lutut dan mengajar perlu pergi pula ke kelas demi kelas dan menaiki beberapa tingkat untuk ke kelas.

Keadaan berulang tempoh lama sehingga bertahun-tahun mengakibatkan risiko OA.

Guru menulis di papan putih atau hitam, kerap mengangkat tangan lebih tinggi daripada bahu boleh menyebabkan tendon tersepit antara tulang dan lama-kelamaan ia boleh menyebabkan ‘impingement syndrome’.

4. Ahli sukan

Ahli sukan mudah cedera sama ada pada lutut, buku lali, bahu dan bahagian lain. Ketika lanjut usia golongan ini akan terdedah kepada masalah OA.

Sejarah trauma, kecederaan akibat sukan dan kemalangan di usia muda dan masalah obesiti antara faktor mempercepatkan proses pembentukan OA.

Kebiasaannya OA berlaku kepada golongan berusia melebihi 50 tahun, manakala orang muda disebabkan kecederaan spesifik kepada ligament, meniskus, kartilaj dan sebagainya.

“OA merujuk kepada keseluruhan kartilaj yang haus dan botak disebabkan aktiviti seharian yang memberi tekanan pada sendi selama bertahun-tahun.

“Golongan muda, disebabkan proses ‘wear and tear’ mengambil masa lama. Orang muda selalunya babitkan kecederaan kartilaj,” kata Dr Azfar Rizal lagi.

Baca :

Senangnya buat pizza roti tanpa ‘oven’, sesuai jadi bekal anak – anak

Rugi tak amalkan tips sihat & cergas di bulan Ramadan, no 2 paling penting

Rupanya kena rendam dengan bahan ini, baru lah mudah untuk kupas kulit bawang