Perlu ke cuci? Abang ini kongsi tip basuh enjin kereta hingga bersih dan selamat

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Seperti yang kita semua tahu, memiliki sebuah kereta sudah menjadi keperluan bagi kebanyakan keluarga.

Kereta yang kita miliki digunakan untuk berbagai keperluan seperti pergi ke tempat kerja, menghantar anak-anak ke sekolah, pergi ke pasar, atau pun untuk bersantai.

Jika kenderaan rosak, aktiviti pada hari tersebut akan terjejas sepenuhnya.

Perlu ke cuci? Abang ini kongsi tip basuh enjin kereta hingga bersih dan selamat
Perlu ke cuci? Abang ini kongsi tip basuh enjin kereta hingga bersih dan selamat

Oleh itu, penting untuk menjaga kenderaan dengan baik agar dapat digunakan dengan sempurna.

Penjagaan yang baik juga dapat memastikan kenderaan bertahan lebih lama, kecuali jika berlaku kerosakan yang besar.

Tanggungjawab utama yang perlu diberi perhatian adalah enjin yang berperanan sebagai jantung bagi kenderaan.

Jika enjin mengalami sebarang kerosakan, kita perlu bersedia untuk membelanjakan jumlah wang yang besar untuk membaikinya.

Salah satu punca kerosakan enjin adalah semasa membersihkannya.

Untuk membersihkan bahagian enjin, sangat penting untuk pastikan orang yang melakukan proses itu mempunyai kemahiran yang mencukupi.

Jika air masuk ke bahagian enjin yang tidak sepatutnya, ia boleh menyebabkan kerosakan.

Oleh itu, seorang pengguna TikTok, @cheguautodetailing, berkongsi cara atau tip yang boleh digunakan semasa membersihkan bahagian enjin kenderaan.

Pastikan anda membersihkan enjin kereta anda dengan teliti dan berhati-hati.

Ini akan membantu untuk memastikan bahawa proses pembersihan berjalan lancar dan enjin anda terlindungi dari kerosakan.

Salah satu tip pertama yang diberikan ialah untuk memeriksa meter kenderaan.

Dengan memeriksa indikator-indikator yang ada pada meter, kamu boleh mengesan jika ada sebarang masalah pada enjin.

Pastikan enjin berfungsi dengan baik sebelum membersihkannya.

Selepas itu, pastikan enjin kenderaan sudah sejuk dan periksa bahagian hardness atau soket untuk memastikan tiada tanda-tanda pecah atau retak.

Selepas itu, komponen-komponen penting dalam enjin seperti kotak fius dan penapis udara perlu ditutup dengan rapat.

Beliau juga memberitahu tentang bahan-bahan yang diperlukan untuk membersihkan enjin.

“Bahan-bahan yang saya pakai biasanya, engine degreaser atau yang jenis all purpose, berus dan juga wash mitt. Untuk kerja basuhan, pertama kali kita basahkan permukaan enjin.”

“Kemudian ambil all purpose dan sembur di keseluruhan bahagian enjin,” kata beliau.

Selepas itu, gunakan berus untuk membersihkan kotoran yang terdapat pada bahagian enjin.

“Lepas kita dah siap basuh, kita bilas dengan air. Korang jangan tembak terlalu dekat, sebab ini pressure water jet.”

“Kita takut air tu boleh masuk ke celah-celah yang kita tak nak. Kita jangan bagi dia tekanan, ambil jarak sikit,” menurutnya.

Enjin perlu dikeringkan sepenuhnya, terutama bahagian-bahagian penting sebelum dihidupkan.

Dia kata, kalau bawa ke kedai, dorang akan sapu sesuatu kat enjin tu supaya nampak bersinar dan cantik lepas dibersihkan.

Kalau nak tahu lagi pasal tips cuci enjin ni, korang boleh tengok video yang dikongsi di bawah ni.

Harap bermanfaat!

@cheguautodetailing Cikgu share , cara dan tip nak basuh enjin kereta yg lebih selamat. #chegudetailing #detailingeducation #PERHEBATDETAILING #PERHEBAT #tiktokmalaysia #perhebatdetailingsgbuloh #autodetailing #activestar #merks #enginecoating #enginedetailing #tips ♬ original sound – Che’gu Detailing

Baca :

Dahsyat penangan netizen bila jadi hakim, Tamara terus diserang selepas kematian anak

‘Nampak orang tak ada kepala, kena rasuk guna tongkat’ – Ini perkara penting pendaki kena ambil tahu

Tak perlu makan ubat, buah delima mampu tingkatkan tenaga batin