Pernah 3 kali mahu terjun dari jambatan, memang rezeki bekas gelandangan ini bawa pulang RM100,000

Oleh ISMAIL YAHYA

Siapa sangka Amir Jahari yang menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) dahulunya adalah gelandangan dan pernah 3 kali cuba bunuh diri dengan terjun dari jambatan.

Penyanyi dan komposer itu mendedahkan dia pernah terdetik berbuat demikian ketika berdepan dengan masalah kemurungan yang teruk pada 2018.

Namun, benarlah rezeki tidak salah alamat apabila Amir atau nama sebenar, Mohamad Amirullah Jahari, yang pernah menjadi gelandangan di ibu negara akhirnya membawa pulang hadiah utama AJL38 iaitu wang tunai RM100,000 dan trofi.

Pernah 3 kali mahu terjun dari jambatan, memang rezeki bekas gelandangan ini bawa pulang RM100,000
Pernah 3 kali mahu terjun dari jambatan, memang rezeki bekas gelandangan ini bawa pulang RM100,000

Lagu ‘Hasrat’ yang diiktiraf sebagai Juara AJL38 dipuji ramai apabila penyanyinya tidak perlu berteriak menjerit bingit dan terlompat-lompat di pentas.

Lagu ciptaan dan lirik sepenuhnya oleh Amir itu hanya mendapat perhatian pendengar selepas menjadi runut bunyi filem Imaginur.

Amir sendiri dalam satu temubual media mengakui tanpa usaha pengarah filem itu, Nik Amir Mustapha memilih lagunya, ‘Hasrat’ tidak akan dikenali ramai.

Penangan lagu yang didedikasikan khas buat arwah ayahnya ketika menderita kanser beberapa tahun lalu menjadikan Amir buat kali pertama bergelar juara untuk sebuah majlis anugerah muzik.

Dalam AJL38 itu juga, Amir tampil dengan persembahan penuh menyentuh hati sebagai tanda solidariti kepada mereka yang gugur syahid di bumi Palestin.

Hasilnya, ‘Hasrat’ membuai perasaaan penonton di Axiata Arena, Bukit Jalil juga di rumah menewaskan 11 lagu lain yang turut bertanding.

Sejurus diumumkan sebagai pemenang, Amir gagal menahan air mata dan terus melakukan sujud syukur.

“Bila menang ini, ada satu perasaan yang sangat pelik,” itu antara reaksi Amir.

Menurutnya, dia kerap menyertai pertandingan nyanyian, tetapi belum berpeluang untuk mengecap kedudukan sebagai juara.

“Saya rasa sangat gembira dan terkejut sebab saya tak pernah sangka akan jadi juara. Banyak kali saya sertai pertandingan, tapi tak pernah ada nombor pun.

“Paling tinggi (tempat) pun, ketika saya serta pertandingan bersama AG Coco dan dapat tempat kedua,” katanya, dipetik Harian Metro.

Untuk rekod, lagu ciptaan ayah kepada tiga cahaya mata itu memang diramal semua pihak akan mengungguli AJL38, namun Amir nampaknya merendah diri.

Ujarnya, dia tidak membaca mengenali ramalan orang ramai mengenai lagu itu bakal juara, sebaliknya hanya mendengar makluman daripada kenalannya.

“Mengenai ramalan orang di media sosial, saya tak baca Twitter sebelum saya naik ke pentas.

“Tapi, ada orang yang maklumkan kepada saya.

“Bagaimanapun, saya tak mahu percaya sebab saya tak pernah jadi juara.

“Saya tak mahu berharap sebab apa pun, di penghujung hari, saya tetap diri saya dan biar muzik saya yang ‘bercakap’ sendiri,” katanya lagi.

Amir yang berasal dari Kuching, Sarawak memulakan kerjaya muziknya dengan ‘busking’ sebelum menyertai program realiti popular, Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) pada 2011.

Beliau semasa di AF9 kena kritik teruk dengan Kak Ogy atau nama sebenarnya, Fauziah Ahmad Daud.

Namun, dia hanya mampu bertahan sehingga minggu ketiga apabila diumumkan tersingkir bersama seorang lagi pelajar, Ayda Jebat.

Baca :

Cara bersihkan tangan dari bekas cat tanpa rasa sakit, no 3 paling mudah cari di dapur

Dr Zulkifli saran henti sambut ‘birthday’ di kubur, sebaiknya sedekah dan doa kepada si mati

Seminggu tinggalkan rumah? Ini sebab mengapa anda perlu letak syiling dalam peti sejuk