Pokok lidah jin pernah ke angkasa, mitos rupanya tumbuhan dalam rumah boleh jadi penapis udara

Oleh ADINDA

Mungkin ramai tidak tahu pokok lidah jin antara tumbuhan yang pernah dijadikan bahan eksperimen di angkasa lepas.

Rupanya, 35 tahun lalu, saintis sudah menjawab mitos mengenai tanggapan kononnya tumbuhan dalam rumah boleh jadi penapis udara.

Ini perkongsian menarik daripada Public Health Malaysia mengenai apa yang betul dan apa yang mitos mengenai tumbuhan dalam rumah:

Pokok lidah jin pernah ke angkasa, mitos rupanya tumbuhan dalam rumah boleh jadi penapis udara

Pada tahun 1989, Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) ada menjalankan satu kajian yang popular untuk menguji kesan tumbuhan kepada kualiti udara di dalam rumah.

Pada ketika itu, pokok buluh pam, keladi chinese evergreen dan pokok lidah jin di bawa ke angkasa.

Sudah terbukti dalam ruang yang sempit dan pengudaraan yang terbatas, tumbuhan tersebut mampu memperbaiki kualiti udara.

Namun, adakah ia bermakna tumbuhan ini boleh bertindak sebagai penapis udara?

Jawapannya TIDAK.

Penemuan kajian tersebut hanya untuk ruang tertutup di dalam kebuk udara makmal.

Dalam ruang pejabat atau bilik bersaiz 3.1M x 3.1M x 2.4M, anda memerlukan 1,000 jenis tumbuhan untuk bertindak menapis udara secara berkesan!

Walaupun tumbuhan dalam rumah tidak berkesan sebagai penapis udara, ia sangat penting untuk mengurangkan stres.

Persekitaran yang baik dan indah terbukti dapat meningkatkan mood yang positif dalam aktiviti seharian.

Baca:

“Lepas berjimak, dia selamba je campak kondom luar tingkap, dah lah berbau siap ada kesan warna”

“Hina sangat ke kerja rider?” – Lelaki sedih pelanggan campak wang ke muka

Apa perasaan pergi kenduri kahwin sekali tersama pakai songket dengan pengantin, ini yang berlaku pada akak ini