Polis dedah bagaimana satu keluarga boleh berkelah di kawasan banyak berlaku kejadian kepala air ramai nak tahu

Oleh GEMILANGDAILY

Polis dedah bagaimana satu keluarga boleh berkelah di kawasan banyak berlaku kejadian kepala air ramai nak tahu

Aktiviti perkelahan yang dibuat di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman, Terengganu akhirnya bertukar menjadi peristiwa sedih buat 9 sekeluarga ini.

Sudah membawa segala barangan memasak dan lengkap berbaju jersi untuk mandi,

Polis dedah bagaimana satu keluarga boleh berkelah di kawasan banyak berlaku kejadian kepala air ramai nak tahu

mereka semua dihanyutkan oleh kepala air yang dipercayai berlaku dalam sekelip mata membuatkan semuanya tidak sempat menyelamatkan diri.

Polis berkata kejadian dianggarkan berlaku pada 5 hingga 6 petang

Karim Abdullah (suami), Azizah Eiyi (isteri) serta 7 orang anak mereka berusia lingkungan 18 ke 4 tahun adalah antara yang terlibat.

Manakala individu ke-10, Muhammad Fikri Saliman (tunang kepada anak sulung Karim Abdullah) yang turut mengikuti perkelahan terbabit juga masih belum ditemui lagi.

Hasil pemerhatian di lokasi kejadian, pihak polis yakin paras air kuat yang menghanyutkan 10 individu terbabit adalah sekitar 5 sehingga 10 meter.

Karim terlibat dalam kerja pembalakan di kawasan berdekatan lokasi kejadian – Jiran

Setakat tadi, 9 orang daripada mereka semua telah ditemui namun proses pengesahan identiti belum lagi selesai dibuat.

Hanyut jauh kira-kira 25km daripada lokasi berkelah, ada yang dijumpai dalam keadaan terapung di air serta tersangkut pada dahan pokok.

Dalam pada itu, polis percaya Karim Abdullah yang bekerja selaku pemandu jengkaut di Hutan Air Putih mahir tentang jalan-jalan di sana dan kerana itulah dia mampu pergi ke situ meskipun menaiki pengangkutan yang kurang sesuai.

9 orang yang terlibat berjaya ditemui pasukan penyelamat

Bahkan, Farah Aniqah Zulmad iaitu jiran mereka sendiri juga mempunyai tanggapan yang sama. Katanya, lokasi jeram untuk aktiviti perkelahan itu mungkin diketahui oleh Karim memandangkan Karim ada lakukan kerja pembalakan di kawasan berdekatan sebelum ini.

BACA:

Usahawan berusia 52 tahun dipenjara 1155 tahun

Kes lama dulu, ini kisah pencemaran radioaktif di Bukit Merah yang generasi sekarang tak pernah dengar