Presiden ABIM pertama meninggal dunia

Oleh GEMILANGDAILY

Presiden ABIM pertama meninggal dunia. mantan Presiden ABIM yang pertama, meninggal dunia. Umur 83 tahun.

Dr. Razali Nawawi merupakan Presiden ABIM [1] yang pertama dan memegang jawatan dari tahun 1972 sehingga 1974, sebelum disambung oleh (Dato’ Seri) Anwar Ibrahim[2].

Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menziarahi pengasas dan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pertama Prof Dr Ustaz Razali Nawawi yang kini berada dalam keadaan uzur.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut mengiringi Anwar ketika menziarahi Razali yang merupakan rakan karib Perdana Menteri itu.

“Semoga Allah SWT memberikan afiyah dan kekuatan kepada beliau,” kata Perdana Menteri dalam hantaran Facebooknya

“Ya Allah, ampunilah dirinya dan kasihilah dia dan afiatkan (selamatkan atau tidak siksakan) dia dan maafkanlah kesalahannya.”

Presiden ABIM pertama meninggal dunia

*Ustaz Dr Razali Nawawi*, mantan Presiden ABIM yang pertama, meninggal dunia. Umur 83 tahun.

Urusan jenazah di Masjid Al-Umm, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi.

Solat jenazah dijangka pada jam 10.00 pagi.

PM ziarah Presiden ABIM pertama Ustaz Razali yang uzur

Beliau telah berkhidmat sebagai Dekan pertama bagi Kuliyyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)[3] (1983-1990) dan sebelum itu merupakan Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (1972-1976).

Latar Belakang & Pendidikan

Dr. Razawi Nawawi dilahirkan di Kampung Hutan Pasir, Tendong dan dibesarkan di Kampung Slow Machang, Pasir Mas, Kelantan pada 17 April 1940. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rakyat Kampung Selor Machang sebelum berpindah ke Sekolah Melayu Pasir Mas.

Beliau memperoleh pendidikan menengah di Sekolah Arab Pasir Mas, sebelum berpindah ke Maahad Muhammadi Kota Bharu. Pada awal tahun 1960, beliau melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Malaya, Klang, Selangor. Setelah menamantkan pengajian pada akhri tahun 1963, beliau menjadi tenaga pengajar di High School Setapak pada 1964.

Pada 11 November 1964, beliau meneruskan pengajian peringkat ijazah pertama di Universiti Al-Azhar, Mesir, dan tamat pengajian pada 1966. Beliau seterusnya menyambung Diploma Pendidikan di Universiti Ain Shams, Kaherah, pada 1967. Pada 11 November 1967, beliau mengambil kursus Post Graduate Diploma in Law di London University, United Kingdom (UK).

Pada tahun 1971, Dr. Razali telah menamatkan pengajian peringkat Sarjana dalam bidang Perbandingan Agama di Universiti Birmingham, UK. Pada tahun 1992, beliau memperoleh Ph.D dari Universiti Islam Antrabangsa Malaysia.

Sumbangan Dalam Latar Dakwah

Sebagai Presiden ABIM [1] yang pertama, beliau telah membawa masuk konsep dan membudayakan amalan Usrah sebagai tunjang utama perkembangan gerakan dakwah ABIM. Budaya itu kemudiannya diambil dan dibudayakan oleh ramai pertubuhan dakwah yang muncul selepas ABIM dan masih diterapkan dalam generasi pendakwah masa kini. Beliau telah menukilkan pengalaman dakwah beliau melalui bukunya yang berjudul Erti Perjuangan dan telah diluncurkan bersempena Muktamar Nasional WADAH kali ke-14 pada 13 September 2020 oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

‎اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْنَ
“Sesungguhnya kami milik Allah dan hanya kepadaNya kami akan kembali.
اَللهُمَّ اغْفِرْلَه وَارْحَمْه وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْه
“Ya Allah, ampunilah dirinya dan kasihilah dia dan afiatkan (selamatkan atau tidak siksakan) dia dan maafkanlah kesalahannya.”
*Ustaz Dr Razali Nawawi*, mantan Presiden ABIM yang pertama, meninggal dunia. Umur 83 tahun.
Urusan jenazah di Masjid Al-Umm, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi.
Solat jenazah dijangka pada jam 10.00 pagi.
Masjid Al Umm

baca:

Rupanya dekat Malaysia pun dah ada loji Nuklear yang ramai tak tahu

Beli tiket konsert Blackpink tapi kerusi ‘di alam sebalik mata’, sekali lain pula yang peguam ini buat buat netizen puas hati