Presiden Pas akui mahu jatuhkan kerajaan, tak kisah dengan titah Agong

Oleh GEMILANGDAILY

Presiden Pas akui mahu jatuhkan kerajaan, tak kisah dengan titah Agong. Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkata tindakan menjatuhkan kerajaan adalah biasa dalam politik.

Beliau berkata Perikatan Nasional (PN) berhak untuk meneruskan rancangan menumbangkan Kerajaan Perpaduan maskipun ada yang meremehkan perkara itu.

“Itu satu kenyataan politik (Kerajaan Perpaduan tumbang) dan biasa berlaku dalam politik, undi tidak percaya dan dapatkan SD (Akuan Bersumpah), penyokong kerajaan berpaling (tadah). Itu berlaku.

Presiden Pas akui mahu jatuhkan kerajaan, tak kisah dengan titah Agong

“Kita melihat ada tanda-tanda yang menunjukkan dalam kerajaan campuran yang ada ini perasaan tidak puas hati bersama-sama komponen sendiri. Ada berlaku. Sebab itu sesuatu tidak mustahil berlaku,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Presiden PAS itu berkata, sekalipun ada titah daripada Yang di-Pertuan Agong, ia tidak menjadi penghalang kepada pihaknya untuk melakukan perubahan dalam negara demokrasi ini.

“Memang berlaku dalam negara demokrasi (tumbangkan kerajaan). Kenyataan Yang di-Pertuan Agong satu kenyataan tidak jadi kata putus yang menghalang untuk perubahan dalam negara demokrasi.

“Mengikut Raja-Raja Perlembagaan, Raja di bawah Perlembagaan. Perlembagaan kita masih menjunjung demokrasi,” katanya.

Abdul Hadi berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta Ahli Parlimen Marang itu berhenti mengigau menumbangkan Kerajaan Perpaduan.

Mengulas dakwaan seorang wakil DAP yang melabelkan PN parti tidak bersih kerana terkait kluster mahkamah, Abdul Hadi menafikan perkara itu.

Katanya, walaupun terdapat pemimpin PN didakwa di mahkamah, ia belum dijatuhkan kesalahan.

“Dia boleh bawa (kita ke pengadilan). Kita terbuka. Macam PAS terbuka boleh dibawa dan kita harap Pakatan Harapan (PH) mesti adil kerana mereka nyata (ada) kluster mahkamah yang sudah dihukum dan dilantik (pegang jawatan) termasuk mereka yang di mahkamah.

“Yang dibawa ke mahkamah itu dianggap tidak bersalah. Ini (pemimpin) sudah dibawa ke mahkamah tetapi dilantik lagi (jawatan),” katanya.

BACA:

Kenapa eh makan atas flight tak sedap eh? Ini sebab yang korang tak tahu

“Tiba-tiba bini aku simbah air panas kat kemaluan aku, rupanya dia bengang aku ada wanita lain dalam mimpi dia”