Projek Monorel Putrajaya, ini pendedahan macam mana RM1 billion duit rakyat lesap tanpa siapa pun perasan

Oleh GEMILANGDAILY

Projek Monorel Putrajaya, ini pendedahan macam mana RM1 billion duit rakyat lesap tanpa siapa pun perasan. TIDAK ramai yang tahu dan sedar, kantung kerajaan telah kehilangan hampir RM1 bilion ketika dalam proses membangunkan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan di Putrajaya

apabila sejumlah besar daripada peruntukan itu (RM799.34 juta) dihabiskan untuk membina projek monorel tetapi kemudiannya dihentikan pada tahun 2004.

Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan pada Khamis (16 Februari), daripada jumlah itu,

Projek Monorel Putrajaya, ini pendedahan macam mana RM1 billion duit rakyat lesap tanpa siapa pun perasan

RM2.16 juta telah dihabiskan hanya untuk kerja-kerja penyelenggaraan terowong dan jambatan monorel yang tidak pun pernah digunakan.

Lain-lain kos yang dibazirkan ialah pembinaan depot bas di Presint 14 bernilai RM12.21 juta sebagai sebahagian daripada projek bersepadu hab pengangkutan Putrajaya tetapi tidak digunakan akibat daripada pemberhentian projek monorel ini.

Projek pembangunan Putrajaya hasil cetusan idea bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1992, terhenti pada tahun 2004 – setahun selepas beliau melepaskan jawatan.

Keadaan landasan monorel yang terbengkalai berhampiran Putrajaya Sentral

Berikutan perubahan polisi kerajaan yang baharu, projek mega monorel ini menjadi mangsa yang pertama. Pemberhentian projek tersebut turut memberi kesan kepada pembangunan projek-projek satelit di sekitar Putrajaya seperti kemudahan perumahan, pendidikan dan kesihatan.

Dan tegas laporan Ketua Audit Negara itu lagi, tidak ada jawatankuasa khas yang dibentuk untuk melihat kemajuan projek ini semua.

Sikap tidak apa ini akhirnya membawa kepada kehangusan sebegitu besar wang pembayar cukai, termasuklah wang cukai penulis dan para pembayar cukai yang lain. Wang itu semua telah dibelanjakan sedangkan kemudahan yang telah dibina itu bukan sahaja terbengkalai malah sangat tinggi untuk diselenggarakan.

Menurut pelan pembangunan Putrajaya, projek monorel sepatutnya menjadi tulang belakang kepada hab pengangkutan di pusat pentadbiran persekutuan itu.

Bagaimanapun hasil siasatan Jabatan Audit Negara, mereka tidak menemui sebarang bukti atau sebab yang jelas mengapa projek separuh siap itu dihentikan separuh jalan.

Oleh kerana projek mega ini dihentikan separuh jalan, ia menjejaskan keberkesanan perkhidmatan bas Putrajaya yang mana kerajaan telah membelanjakan RM118.1 juta untuk membangunkan rangkaian ini. Ia menjurus pula kepada pemngabaian kemudahan ‘park-and-ride’ yang dibina dengan kos RM58.54 juta.

Akhirnya apa jadi dengan kemudahan ‘park-and-ride’ ini? Ia dijadikan tapak pasar malam. Bayangkan, belanja untuk membina kemudahan ini menelan duit rakyat sehingga RM58.54 juta tetapi berakhir sebagai tapak pasar malam.

Maka tidak keterlaluan untuk mengatakan ini adalah tapak pasar malam yang paling mahal di dunia.

Terbengkalainya hab pengangkutan bersepadu Putrajaya turut membawa kepada kesesakan lalulintas malah mendesak orang-ramai yang berurusan dengan pejabat kerajaan saban hari meletak kenderaan mereka di tepi-tepi jalan kerana bangunan-bangunan yang dibina di Putrajaya tidak menyediakan kemudahan pakir yang mencukupi.

Ia begitu kerana perancangan asal adalah untuk mengelak orang awam daripada memandu ke Putrajaya kerana perkhidmatan monorel atau transit aliran ringan sepatutnya mengambil alih peranan kenderaan peribadi atau menyediakan kemudahan pengangkutan. Malangnya ia berakhir sebagai satu ‘malapetaka’ kepada rakyat.

Siapakah yang harus dipersalahkan di atas ketirisan dan ketidakpedulian wang pembayar cukai yang hangus ini? Atau yang lebih tepat, siapakah yang peduli tentang perihal ini semua?

Sungguh menyedihkan kerana kita tidak pernah temui jawapan kepada nasib malang ini. Buktinya ialah, pembaziran demi pembaziran yang tidak dipedulikan diulang tayang melalui Laporan Ketua Audit Negara tahun demi tahun tanpa ada perubahan yang benar-benar jitu daripada pihak berkuasa yang melaksanakan semua ini.

Kita sebagai pemerhati, hanya sekadar boleh bersuara.

BACA:

Era pemerintahan PM Perikatan Nasional, kos maintenance kenderaan direkod paling mahal

“Tak padan dengan ketot” – Pelawak curang dengan wanita lain, isteri dah sabar 4 tahun