PTPTN dedah ada IPT swasta tipu tempoh pengajian demi keuntungan berlipat ganda

Oleh GEMILANGDAILY

PTPTN dedah ada IPT swasta tipu tempoh pengajian demi keuntungan berlipat ganda.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengesan ada Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) yang menipu tempoh pengajian pelajar pada dokumen pinjaman pendidikan.

Kes tersebut dikesan apabila IPTS didapati memendekkan tempoh pengajian pelajar daripada enam semester kepada lima semester dan kes yang direkodkan dari tahun 2016 hingga 2018 adalah lima.

PTPTN dedah ada IPT swasta tipu tempoh pengajian demi keuntungan berlipat ganda

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching memberitahu IPTS yang terlibat akan diminta membayar semula semua bayaran PTPTN yang dilepaskan sebelum kementerian meluluskan pinjaman pelajar baharu.

Untuk pengetahuan, semua IPTS yang beroperasi di Malaysia tertakluk dengan Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta (Akta 555) termasuklah boleh membatalkan kelulusan pengajian dalam usaha mengawal penyelewengan atau penyalahgunaan wang.

Dengan setiap aduan yang diterima mengenai penyelewengan IPTS ini, pihak Jabatan Pendidikan Tinggi dan PTPTN akan bekerjasama bertindak dengan menggunakan Akta 555 selain daripada menangguhkan kemudahan pinjaman.

Oleh itu, kementerian sentiasa mengambil langkah memantau semua kegiatan pinjaman PTPTN oleh IPTS supaya tiada penyelewengan berlaku selain daripada menjaga kebajikan terpelihara; termasuklah aktiviti pendaftaran.

BACA: 

Dipancing dengan bagi kucing makan je! Wanita kongsi cerita nyaris alami nasib yang sama dengan Nurin Jazlin!

“Pakai lebai belum tentu baik rupanya, kesilapan besar aku pilih sebab berkopiah je, dah kahwin suami dedah ‘perangai’ sebenar”