Punyalah majlis kahwin paling ‘angkuh’, 100 utas gelang emas jadi kalung anak saudagar

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Tular kisah majlis kahwin yang boleh dianggap paling ‘angkuh’ di dunia apabila 100 utas gelang emas bukan dipakai di pergelangan tangan sebaliknya jadi kalung.

Majlis perkahwinan di wilayah Fujian, China mengundang perhatian netizen di internet kerana menelan belanja 210 juta yuan (RM140 juta).

Menerusi gambar yang tersebar dilihat pengantin perempuan masam saja wajahnya mungkin tertekan menanggung berat 100 utas gelang emas di lehernya.

Punyalah majlis kahwin paling 'angkuh', 100 utas gelang emas jadi kalung anak saudagar

Acara itu berlangsung di sebuah dewan besar milik keluarga pengantin lelaki awal bulan ini.

Media melaporkan perhiasan paling penting untuk pengantin perempuan di China ialah pemakaian gelang emas 24 karat.

Pengantin lelaki dikenali Ye Dingfeng iaitu anak kepada Ye Guochun. Guochun merupakan pengerusi syarikat peruncit barangan kemas terkemuka di China.

Sementara itu, pengantin perempuan dikatakan bernama Yang Hanying. Dia ialah anak kepada seorang pengurus dari syarikat sama di wilayah Fujian.

Kemewahan majlis kahwin itu juga menyaksikan tetamu dihidangkan dengan menu ‘kayangan’ seperti ketam raja, udang karang, sup sirip yu, sarang burung dan abalon Australia.

Baca:

“Lepas berjimak, dia selamba je campak kondom luar tingkap, dah lah berbau siap ada kesan warna”

“Hina sangat ke kerja rider?” – Lelaki sedih pelanggan campak wang ke muka

Apa perasaan pergi kenduri kahwin sekali tersama pakai songket dengan pengantin, ini yang berlaku pada akak ini