Rambut selalu gugur? Anda boleh DIY sendiri cara merawatnya guna bahan semulajadi

Oleh ADINDA

Rupa-rupanya bahan-bahan yang digunakan dalam hidangan keluarga dan penanaman di sekitar rumah juga boleh digunakan untuk membantu ibu-ibu mengekalkan kecantikan tanpa perlu membelanjakan banyak wang.

Antara bahan-bahan yang dapat membantu ibu-ibu mengekalkan kecantikan adalah tembikai, lidah buaya, limau nipis, dan bunga raya.

Berikut adalah beberapa tips untuk merawat masalah keguguran rambut.

Rambut selalu gugur? Anda boleh DIY sendiri cara merawatnya guna bahan semulajadi
Rambut selalu gugur? Anda boleh DIY sendiri cara merawatnya guna bahan semulajadi

Petua 1: Ambil jus limau nipis dan sapukan merata ke kulit kepala.

Lakukan ini selama dua minggu.

Selepas itu, gunakan santan untuk menyuburkan rambut.

Sapukan ke seluruh rambut sehingga ke kulit kepala untuk hasil yang terbaik.
Jangan tergesa-gesa untuk membilas rambut.

Perapkan dengan tuala selama sekurang-kurangnya 30 minit.

Biarkan ia meresap.

Kemudian bilas dengan air suam.

Amalkan selama dua bulan.

Petua kedua: Ambil beberapa daun bunga raya dan lidah buaya.

Cuci bersih dan lumatkan hingga hancur.

Biarkan campuran itu di atas kepala selama satu jam, lakukan dua kali seminggu.
Hasilnya, anda akan mendapat rambut yang tebal, hitam, dan bersinar secara semulajadi.

Petua 3: Setiap kali makan tembikai, jangan buang kulitnya.

Gosok bahagian kulit tembikai pada kulit kepala anda.

Biarkan kulit tembikai meresap ke kulit kepala anda selama 20 hingga 30 minit.
Kemudian, cuci rambut anda.

Jika anda mahu, anda boleh biarkan campuran itu semalaman dengan menggunakan ‘shower cap’ atau balut kepala dengan kain supaya campuran itu tidak meleleh ke bantal.

Amalkan petua ini sekali seminggu.

Petua ke-4: Jika anda rajin, selepas merawat rambut, cuba gunakan daun lidah buaya untuk dapatkan rambut yang lebih cantik dan menawan.

Caranya, ambil gel dari daun lidah buaya dan sapukan pada rambut sehingga ke kulit kepala.

Dalam masa dua bulan, rambut anda tidak akan gugur dan akan menjadi lebih cantik dan sihat.

Semoga tips ini bermanfaat untuk semua.

Baca :

Tutup kilang selepas 50 tahun bertapak di Shah Alam, ini fakta Goodyear yang ramai mungkin baru tahu

Awas jika terkena sengatan obor-obor, boleh cuci guna air suam suhu 40 darjah Celsius

Buat sendiri tapai pulut manis & berair, boleh makan berkali-kali