Resipi nasi kerabu versi Kelantan, lengkap ada semuanya!

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Resepi nasi kerabu Kelantan sangat popular di kalangan ramai.

Jika anda rindukan dengan hidangan dari pantai timur, anda boleh mencuba membuatnya sendiri di rumah menggunakan resepi yang dikongsi oleh pengguna Facebook di bawah ini.

Nasi kerabu akan lebih sedap jika semua bahannya dapat disediakan bersama-sama kerana mereka adalah pelengkap kepada hidangan.

Resipi nasi kerabu versi Kelantan, lengkap ada semuanya!
Resipi nasi kerabu versi Kelantan, lengkap ada semuanya!

Jadi, mari mencuba resepi nasi kerabu Kelantan ini. Pasti sedap!

RESEPI NASI KERABU KELANTAN, LENGKAP DENGAN SEMUA BAHAN

Yang paling penting dalam membuat nasi kerabu adalah memastikan semua bahan yang diperlukan cukup, terutamanya ulam-ulaman.

Biasanya, ulam yang digunakan termasuk:

– Daun samok

– Timun batang

– Taugeh

– Kacang panjang

– Bunga kantan

– Daun mata ayam

– Daun kesum

1. Nasi biru dengan bunga telang

– Ambil bunga telang dan perah jusnya. Masak nasi seperti biasa dan tambahkan daun limau purut.

2. Solok lada

– Buang biji lada dan potong menjadi separuh.

– Siapkan ikan mentah. Pisahkan tulang dan dagingnya. Untuk memudahkan, potong ikan dan sisihkan.

– Parut kelapa dan ambil daging putih sahaja. Sisihkan.

– Tumbuk cili padi, lada hitam, halia, bawang merah, dan daging ikan hingga lumat. Tambahkan garam dan gula.

– Di dalam mangkuk lain, campurkan daging ikan dan bawang yang telah ditumbuk tadi.

– Tambahkan kelapa sedikit demi sedikit kerana kita tidak mahu kelapa terlalu banyak. Cuba rasa ikan.

– Pecahkan sebiji telur dan masukkan campuran ikan dan kelapa ke dalam lada.

– Tuangkan santan pekat dan masak dengan api yang kecil.

3. Tumis nasi kerabu

– Campurkan cili kering, halia, belacan dan serai dalam blender.

– Goreng campuran bahan tersebut dalam kuali hingga kering.

– Tuangkan santan, serai yang diketuk, budu 2 sudu, asam keping dan kacau hingga minyak pecah.

– Tambahkan gula dan garam secukupnya untuk rasa yang sesuai.

4. Nasi Kerabu dengan Kelapa Goreng

– Goreng kelapa separuh masak

– Kacau halus bawang, serai, dan halia tanpa air.

– Masukkan campuran halus ke dalam kelapa separuh masak dan tambahkan isi ikan yang telah direbus dan dipisahkan dari tulangnya.

– Goreng lagi hingga kelapa agak garing dan tambahkan gula serta garam secukup rasa.

– Jika ingin mendapatkan sambal kelapa yang berwarna gelap seperti yang dijual di kedai, tambahkan gula melaka atau gula nisan.

Pilihan Makanan:

5. Ayam/Daging/Kambing Panggang

– Campurkan halia, lengkuas, cili kering, bawang putih, bawang merah, jintan manis, jintan putih, serai, gula, dan garam.

– Gaulkan campuran tersebut dengan ayam/daging pilihan anda.

– Jika anda ingin ayam/daging panggang anda kelihatan berkilat, tambah lebihan gula untuk menyeimbangkan rasa masin dan manis.

– Dengan itu, hasil panggangnya pasti lebih sedap, menggiurkan, dan menarik untuk dilihat.

6. Air Cili untuk Nasi Kerabu

– Campurkan cili, bawang putih jeruk, cuka, garam, dan gula.

– Tumiskan sehingga sebati.

Nasi kerabu dengan budu

– Letakkan budu dalam periuk. Campur sedikit air, asam keping, dan gula melaka.

– Masukkan serai dan daun limau nipis.

– Budu untuk nasi kerabu perlu sedikit masin supaya padan dengan sambal lada yang masam, kelapa ikan yang manis, dan garam secukupnya.

– Setelah semua bahan sedia, barulah boleh hidangkan nasi kerabu ini. Walaupun memerlukan pelbagai bahan, namun puas hati dapat menyantap hidangan hasil tangan sendiri.

Selamat mencuba!

Baca :

Panduan ‘simple’ pilih warna pakaian berdasarkan bentuk tubuh, boleh sembunyi lemak

Sindrom keletihan kronik jadi faktor utama masyarakat tidak mahu bersenam

“kalau tidak ke Malaysia, aku tidak..” – Pelancong asing dedah sisi ‘buruk’ Malaysia