Resipi pecal sambal sedap & naik rasa, rupanya kena lebihkan bahan ini

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Pecal merupakan salah satu hidangan sayuran tradisional Jawa yang terkenal, di mana pelbagai jenis sayur dicampur dengan kuah kacang.

Bahan-bahan untuk membuat pecal mungkin mengalami sedikit perubahan, tetapi resepi asalnya tetap harus dihargai.

Jika anda rindu akan rasa pecal yang sebenarnya, jom cuba resepi dari Faizah Zaini ini.

Resipi pecal sambal sedap & naik rasa, rupanya kena lebihkan bahan ini
Resipi pecal sambal sedap & naik rasa, rupanya kena lebihkan bahan ini

Beliau juga berkongsi tips untuk memastikan kuahnya sedap, seimbang, dan mempunyai rasa yang penuh dengan citarasa anda.

Di kampung saya, Sabak Bernam, terdapat ramai orang Jawa dan Banjar.

Saya sendiri keturunan Banjar.

Pecal memang mudah dijumpai di sana, tetapi apabila kita berada jauh dari kampung, agak sukar untuk menemui kuah pecal yang benar-benar sedap.

Terkadang, rasa tidak seimbang.

Pecal yang sedap haruslah mempunyai rasa yang seimbang.

Perlu ada keseimbangan antara rasa manis dan masin, bukan hanya kepekatan kuah kacang semata-mata.

Biasanya, saya hanya dapatkan pecal yang kuahnya terlalu pekat.

Jadi, saya terus belajar untuk mencuba dan mencari yang terbaik.

Pernah sekali saya jumpa pecal yang rasanya sama seperti zaman dahulu.

Saya suka rasanya yang asal, tetapi sesetengah orang lebih suka dengan tambahan kencur atau daun limau yang memberi rasa tersendiri.

Saya hanya menggunakan kangkung, timun, dan tauhu dan ia amatlah sedap!

Nasib baik tiada nasi impit, kalau tidak, saya akan kerap tambah!

Bahan yang perlu digoreng:

• Udang Kering
• Kacang tanah
• Cili kering
• Bawang putih
• Bawang merah

Bahan tambahan yang perlu dikisar:

• Garam
• Gula
• Gula merah/gula melaka
• Gula putih
• Air asam
• Air suam

1. Apabila bahan sudah dikisar, campurkan pula bahan yang dah digoreng tadi, iaitu cili, udang kering, bawang, dan akhir sekali kacang tanah.

2. Tak perlu di tumis semula ya.

3. Masukkan kacang akhir sekali, saya suka macam ni baru boleh rasa kacang kasar-kasar sikit.

4. Kalau suka, boleh letak kencur dan daun limau, tiada masalah.

Saya boleh buat ini dengan mudah, dan bahan-bahannya tidak perlu ada sukatan dengan tepat.

Memasak ini bergantung kepada selera individu, yang penting ia sedap dan menjadi.

Untuk pengetahuan anda, menurut Puan Faizah Zaini, sambal pecal akan lebih sedap dan berasa lebih mantap apabila anda menambahkan lebih gula melaka.

Baca :

Tak perlu pergi mamak, senang sangat nak buat roti canai homemade garing & sedap

Gebu & lembut bak span, individu ini kongsi resipi pancake viral ‘confirm’ jadi

Resipi ori dari pahang patin masak tempoyak buat kecur air liur – “lagi pekat kuah, lagi sedap”