Resipi sambal kelantan yang patut anda cuba, sesuai makan dengan pelbagai lauk

Oleh NADIA HARON

Hidangan berbuka tak lengkap tanpa sambal.

Di Kelantan, sambal ni memang famous.

Sedap dimakan dengan pelbagai jenis nasi.

Resipi sambal kelantan yang patut anda cuba, sesuai makan dengan pelbagai lauk
Resipi sambal kelantan yang patut anda cuba, sesuai makan dengan pelbagai lauk

Kalau pernah pergi kenduri kat Kelantan, pasti pernah rasa sambal ni.

Bagus buat banyak sekaligus sebab boleh tahan sampai sebulan dalam peti sejuk.

Lagi lama disimpan lagi sedap rasanya.

Jom cuba resipi dari saudari Ruby Suhana Said ni.

Bahan-bahan:

• 4 biji bawang holland – dibakar/ panggang
• 1 labu bawang putih – dibakar/ panggang
• 4 biji tomato – dibakar/ panggang
• 6 biji cili merah
• 1 genggam cili api – ikut tahap pedas masing-masing
• 8 biji limau kasturi – kisar bersama kulit
• 1 cawan cuka
• 2 keping kecik / 1 keping besar Gula Nisey (Gula kerek)
• 4 sudu makan gula putih – ikut tahap manis digemari
• Sedikit garam

Cara-caranya:

1. Panggang bawang Holland, bawang putih, dan tomato.
2. Selepas itu, masukkan bahan-bahan yang telah dibakar tersebut dan bahan-bahan lain ke dalam pengisar.
3. Tumbuk atau kisar semua bahan tanpa menambah air.
4. Biarkan sambal itu dalam bekas selama beberapa jam sebelum dipindahkan ke dalam balang.
5. Jika membuat dalam jumlah yang banyak, simpan sambal dalam peti sejuk untuk mengekalkan kesegarannya lebih lama.

Selamat mencuba.

Kredit resipi: Ruby Suhana Said

Baca :

Kaki boros nak menabung? Tips simpan duit efektif untuk capai matlamat

“Buka api terus..” – Cara goreng sosej supaya tak kecut, elok kejadiannya!

Tahan lama & tak mudah kecut, ini teknik betul simpan cili padi