Rugi tak amalkan tips sihat & cergas di bulan Ramadan, no 2 paling penting

Oleh ADINDA

Berpuasa merupakan cara semulajadi untuk membersihkan badan dari bahan-bahan beracun.

Proses ini akan menjadi lebih mudah dengan mengikuti beberapa petua kesihatan semasa bulan ramadan.

Tentu, kamu ingin kekal bertenaga dan sihat sepanjang bulan ramadan, bukan?

Rugi tak amalkan tips sihat & cergas di bulan Ramadan, no 2 paling penting
Rugi tak amalkan tips sihat & cergas di bulan Ramadan, no 2 paling penting

Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut!

7 petua kesihatan di bulan ramadan, rugi tak cuba!

Ini adalah beberapa cara yang mudah untuk menjaga kesihatan ketika berpuasa di bulan ramadan:

1. Pastikan anda makan sahur.

Cara yang paling mudah untuk menjaga kesihatan semasa berpuasa adalah dengan tidak meninggalkan waktu sahur.

Seperti sarapan pagi, sahur sangat penting kerana ia membantu meningkatkan tenaga sepanjang hari sehingga tiba waktu berbuka.

Pilihlah makanan yang sihat semasa sahur dan pastikan anda mendapat nutrisi yang seimbang, termasuk karbohidrat kompleks, serat, dan protein.

Anda boleh mengambil makanan seperti beras merah, gandum, dan oat yang memberikan rasa kenyang lebih lama.

Ambil kira pengambilan makanan yang kaya serat seperti kurma, biji-bijian, kentang, sayur-sayuran, dan hampir semua jenis buah, terutamanya aprikot, plum, betik, dan pisang sebagai pilihan menu sahur anda.

Selain itu, sumber protein seperti telur, keju, yogurt, atau daging rendah lemak juga boleh membantu meningkatkan tenaga anda sepanjang hari.

2. Penuhi keperluan air semasa bulan ramadan.

Badan kita kebanyakannya terdiri daripada air, dan kita memerlukan kuantiti air yang sama dengan jumlah yang hilang semasa kita berpuasa.

Minumlah sekurang-kurangnya 8 hingga 12 gelas setiap hari, mengikut berat badan anda.

Pastikan anda minum air mencukupi dari waktu berbuka puasa hingga sahur untuk menjaga tubuh anda sentiasa terhidrasi.

Selain itu, elakkan pengambilan kafein semasa berpuasa.

Kafein boleh membuat kita kerap ke tandas, menyebabkan kehilangan air badan dengan cepat.

Cuba kurangkan minuman berkafein anda sepanjang bulan ramadan untuk mengelakkan dehidrasi semasa berpuasa.

3. Makan dengan sederhana untuk kekal sihat.

Selama bulan ramadan, masa yang paling ditunggu-tunggu adalah waktu berbuka puasa.

Tetapi sayangnya, ramai yang terlalu tergesa-gesa ketika menikmati hidangan berbuka.

Terlalu banyak makanan pada waktu berbuka boleh membuat perut kembung.

Oleh itu, lebih baik makan dengan sederhana.

Anda boleh makan secara berperingkat.

Ketika berbuka, cubalah makan makanan ringan seperti salad buah, jus buah, kurma, atau air kosong.

Kemudian, selepas beberapa jam, baru makan makanan yang lebih berat.

4. Hindari makanan berminyak.

Menu gorengan untuk berbuka puasa memang sangat menggoda.

Tetapi lebih baik untuk menghindari segala jenis makanan yang digoreng dengan minyak dalam jumlah besar sepanjang bulan ramadan.

Ini kerana makanan tersebut dapat meningkatkan risiko kenaikan kolesterol dalam tubuh anda.

5. Kurangkan pengambilan makanan dan minuman yang manis

Tips berpuasa seterusnya berkait dengan hidangan berbuka anda, ya!

Anda juga disarankan untuk mengurangkan pengambilan minuman dan makanan yang manis serta produk yang diproses.

Ramai yang keliru memahami maksud ‘berbuka dengan yang manis’.

Makanan atau minuman manis memang penting semasa berbuka untuk menormalkan gula dalam darah.

Walaubagaimanapun, anda perlu memberi perhatian kepada jenis hidangan makanan atau minuman manis yang anda ambil.

Terutamanya jika rasa manisnya datang daripada gula.

Ini kerana tanpa kita sedar, pengambilan minuman dan makanan manis secara rutin sepanjang bulan ramadan boleh menyebabkan penambahan berat badan.

Ingatlah, untuk memastikan tubuh kekal sihat sepanjang ramadan, jumlah kalori yang dikeluarkan harus lebih banyak daripada jumlah kalori yang dimasukkan.

6. Bersenam, tips kesihatan semasa bulan ramadan yang sering dilupakan!

Bulan ramadan tidak sepatutnya menjadi halangan bagi kita untuk tetap sihat dengan melibatkan diri dalam aktiviti fizikal.

Selepas berbuka puasa, anda boleh melakukan senaman ringan hingga sederhana untuk menjaga kesihatan anda.

Ini adalah amalan yang sering terlupa!

Luangkan masa selama 30 minit setiap hari untuk berjalan kaki, berbasikal, berlari atau melakukan senaman lain yang sesuai dengan keadaan fizikal anda.

7. Tidur yang mencukupi adalah tip penting untuk berpuasa!

Selain daripada mengawal pemakanan, tips kesihatan di bulan ramadan yang penting juga merangkumi menetapkan waktu dan jumlah tidur yang mencukupi.

Rasa mengantuk semasa berpuasa bukanlah disebabkan oleh tidak makan dan minum sepanjang hari, tetapi kerana kurang tidur.

Jika anda perlu bangun awal untuk menyediakan sahur, cuba sediakan makanan itu pada malam sebelumnya.

Usahakan tidur lebih awal daripada biasa, terutama selepas solat tarawih.

Ini kerana kekurangan tidur boleh memberi kesan kepada prestasi otak, boleh menghalang aktiviti lain anda.

Kesimpulannya, anda tak perlu merasa lemah semasa berpuasa asalkan ikut tips-tips sihat di bulan ramadan yang telah disenaraikan tadi.

Kalau tips puasa ini berkesan, jangan lupa kongsikan dengan kawan-kawan!

Baca :

Selain dapat jaga kesihatan mata, ini khasiat terung yang anda perlu tahu!

“Geli betul aku nak makan” – pelanggan perlu ada ‘common sense’, asingkan senduk nasi ketika di kedai makan

Rupanya kena rendam dengan bahan ini, baru lah mudah untuk kupas kulit bawang