Rumah bahang & panas? Jom ikuti tips sejukkan rumah tanpa perlu pasang penghawa dingin

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Baru-baru ini, perasan tak cuaca jadi sangat panas?

Walau duduk dalam rumah pun, masih terasa panas.

Tahukah anda, walaupun tiada penghawa dingin di rumah, kita masih boleh mencipta suasana sejuk.

Rumah bahang & panas? Jom ikuti tips sejukkan rumah tanpa perlu pasang penghawa dingin
Rumah bahang & panas? Jom ikuti tips sejukkan rumah tanpa perlu pasang penghawa dingin

Mari kita lihat tips ini:

1. Pilih cat dinding yang terang seperti putih atau warna lembut kerana ia boleh membuat ruang rumah anda lebih sejuk dan selesa.

Ini disebabkan warna-warna cerah mampu memantulkan cahaya.

2. Pasang awning di atas bumbung rumah anda untuk mengurangkan panas pada siang hari dan mencegah dinding rumah daripada menjadi terlalu panas.

3. Pilih saiz tingkap yang besar supaya udara segar dan angin dapat masuk ke dalam rumah dengan lebih banyak dan mudah.

Ini tidak hanya membantu mendinginkan rumah, tetapi juga membantu menghilangkan haba dengan lebih cepat.

4. Pilih atap genting untuk rumah anda kerana ia mampu menyekat cahaya dan haba dengan baik.

Selain itu, atap genting juga tahan lasak dan tidak mudah bocor, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk cuaca di negara kita.

Pilihlah langsir yang diperbuat daripada fabrik anti-tembus atau blackout serta pilihlah warna yang cerah kerana ia boleh memantulkan semula cahaya dengan baik.

Semoga info ini bermanfaat buat anda yang membaca.

Baca :

Masuk sekolah tahfiz rasa macam ‘jauh’ dah pergi, pengakuan lelaki ini mengundang doa warganet

‘Kemah Abe Halim kito’ – Anak muda bolehlah pakat sertai kelab dikir barat lepas ni

Masih ramai gagal, rupanya ini punca berat badan naik