Rupanya industri ketum di Amerika Syarikat sama situasi di Malaysia

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Selama berabad-abad, daun ketum telah menjadi sebahagian daripada amalan tradisional di Malaysia dan Thailand,

namun kini ia telah berkembang menjadi industri bernilai RM4 bilion di Amerika Syarikat, menurut laporan Bloomberg.

Daun ketum tergolong dalam keluarga tumbuhan kopi dan biasanya dikunyah untuk melegakan kesakitan serta meningkatkan tenaga.

Di Amerika Syarikat, sama seperti di Malaysia, negara itu masih terperangkap dalam perdebatan hangat mengenai potensi dan risiko kesihatan yang berkaitan dengan penggunaan daun ketum.

Sejak itu, daun ketum telah merebak ke seluruh Amerika dan kini dijual di pelbagai kedai vape, bar, dan secara dalam talian.

Rupanya industri ketum di Amerika Syarikat sama situasi di Malaysia

Secara tradisinya, di kawasan luar bandar, daun ketum dijemur hingga kering sebelum dikunyah atau dijadikan air. Namun, di AS, penggunaannya berbeza-beza; ia boleh didapati dalam bentuk kapsul, minuman, teh, atau cecair pekat.

Walau bagaimanapun, tiada kajian menyeluruh dan data yang mencukupi untuk menentukan tahap sebenar kesan pengambilan daun ketum.

Bagi sesetengah pakar, pengambilan daun ketum dalam bentuk semula jadi jarang menyebabkan kesan sampingan yang serius. Menurut Dr. Kirsten E. Smith dari Universiti Johns Hopkins, tiada bukti kukuh yang menunjukkan bahawa ketum adalah berbahaya.

Food and Drug Administration (FDA) juga pernah mengeluarkan amaran bahawa pengambilan Ketum Cecair Hitam boleh mendorong seseorang berkelakuan agresif dan dalam beberapa kes, boleh membawa kepada kematian.

Selain itu, FDA memberi amaran bahawa penggunaan ketum juga boleh menyebabkan kerosakan hati, sawan, dan ketagihan.

Pada tahun 2016, Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah AS (DEA) cuba mengklasifikasikan ketum bersama heroin dan ekstasi sebagai dadah terlarang. Namun, rancangan tersebut ditangguhkan selepas mendapat bantahan daripada orang awam dan kumpulan penyokong ketum, walaupun DEA menyenaraikan ketum di bawah kategori ‘perkara yang membimbangkan’.

Di Malaysia, ketum telah lama berada di bawah kawalan Akta Racun 1952 yang mengklasifikasikannya sebagai bahan terkawal.

Akta ini memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara selama empat tahun, atau kedua-duanya, kepada sesiapa yang mengimport, mengeksport, mengilang, membekal, menjual, memiliki, atau menggunakan ketum secara haram.

BACA: Habis SPM terus mampu milik kereta mewah, rupanya remaja 18 tahun guna duit jual dadah