Rupanya ini sebab Tunku Tun Aminah ganti Vincent Tan jadi Pengerusi Berjaya Corp yang ramai nak tahu

Oleh GEMILANGDAILY

Rupanya ini sebab Tunku Tun Aminah ganti Vincent Tan jadi Pengerusi Berjaya Corp yang ramai nak tahu.

Pengasas Berjaya Corporation Bhd (BCorp), Tan Sri Vincent Tan, 71, melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif berkuat kuasa 1 Mac 2023.

Beliau akan meneruskan peranan sebagai penasihat bagi memberikan bimbingan kepada Lembaga Pengarah dan menyokong pertumbuhan berterusan kumpulan.

Rupanya ini sebab Tunku Tun Aminah ganti Vincent Tan jadi Pengerusi Berjaya Corp yang ramai nak tahu

Barisan baharu Lembaga Pengarah BCorp yang terdiri daripada semua wanita kini dibarisi Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim Ismail sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif yang akan menggantikan Tan.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bersama/Pengarah Eksekutif terdiri daripada Vivienne Cheng Chi Fan dan Nerine Tan Sheik Ping.

Dua Pengarah Eksekutif adalah Norlela Baharudin dan Chryseis Tan Sheik Ling, manakala Pengarah Bebas Bukan Eksekutif adalah Dr Jayanti Naidu G Danasamy, Penelope Gan Paik Ling serta Datuk Anne Eu, demikian menurut BCorp dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas mengenai barisan Lembaga Pengarah baharu, Tan berkata, perubahan terkini dalam bilik lembaga BCorp itu mencerminkan komitmen kumpulan untuk mempromosikan pemerkasaan wanita di tempat kerja.

“Saya yakin dengan kebolehan kepimpinan semua wanita dalam Lembaga Pengarah untuk memimpin kumpulan ke tahap yang lebih tinggi dengan berkesan.

“Mengenai peranan saya sebagai Penasihat, saya masih akan banyak terbabit dengan kumpulan dan aktiviti perniagaannya, tetapi sekarang saya akan dapat menumpukan lebih banyak masa untuk mempromosikan yayasan amal saya, Yayasan MyFirst Home (YMFH), yang kini berusia hampir setahun.

“Saya amat berminat untuk mencari penyelesaian bagi membantu kumpulan B40 membeli dan memiliki rumah mampu milik yang mana adalah sebab saya mengasaskan YMFH dengan derma peribadi RM5 juta untuk membiayai kos permulaan dan operasinya.

“Saya benar-benar percaya YMFH akan dapat membuat perubahan dalam usahanya untuk membantu kumpulan B40 memiliki rumah sendiri,” katanya.

Beliau turut menggesa semua rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang kaya untuk membantu golongan B40 berpendapatan rendah membeli rumah mampu milik sendiri.

“Ini supaya apabila mereka bersara dan tidak lagi bekerja, mereka akan mempunyai bumbung untuk berteduh,” katanya.

Sementara itu, Datuk Seri Robin Tan telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif Berjaya Land Bhd (B-Land) dan Tan Peng Lam sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif B-Land berkuat kuasa hari ini.

Selain itu, Syed Ali Shahul Hameed telah dilantik semula sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan B-Land dan Datuk Abdul Rahim Md Zin sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan BLand, manakala Datuk Robert Yong Kuen Loke akan terus berkhidmat sebagai Pengarah Bebas Kanan Bukan Eksekutif B-Land.

BACA:

Pasangan budak 12 tahun kantoi berduaan dalam kebun dinikahkan

Ayah berubah 360 darjah lepas kahwin dengan Miera Liyana, ini rupanya dia buat sampai ayah berubah