Rupanya kena rendam dengan bahan ini, baru lah mudah untuk kupas kulit bawang

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Mungkin ada di antara kita yang menganggap aktiviti di dapur sebagai sesuatu yang merumitkan, terutama ketika bersiap sedia bahan sebelum memasak.

Salah satu tugas yang paling rumit di dapur ialah mengupas bawang walaupun sebenarnya tidaklah terlalu sukar.

Namun, tidak dapat dinafikan lagi bahawa mata boleh menjadi pedih ketika mengupas bawang, dan mengupas bawang memerlukan kecekapan kerana kulitnya sangat nipis.

Rupanya kena rendam dengan bahan ini, baru lah mudah untuk kupas kulit bawang
Rupanya kena rendam dengan bahan ini, baru lah mudah untuk kupas kulit bawang

Jangan risau, melalui perkongsian @awangdapur di laman TikTok, telah didedahkan satu kaedah yang dikatakan berkesan dan dapat membantu meringankan kerja mengupas bawang.

Cara-caranya:

1) Ambil sebuah mangkuk dan masukkan semua bawang ke dalamnya.

2) Siram bawang dengan air yang mendidih sehingga kesemua bawang terendam.

3) Tunggu beberapa minit. Buang air yang ada di dalam mangkuk tadi.

4) Tidak perlu mengeringkannya, anda boleh terus memotong bahagian atas dan bawah bawang.

5) Sekarang kulit bawang akan lebih mudah dipisahkan daripada bawang itu sendiri.

Anda juga boleh menarik kulit bawang dengan mudah, seperti mengupas selaput.

Cara ini akan memudahkan dan mempercepat proses memasak.

Selamat mencuba dan semoga berguna!

Baca :

Biar betul? Hanya guna ‘baking soda’ dapat wangikan karpet rumah

Polis buru pemilik kafe pamer anak singa untuk tarik pelanggan

Siapa sangka Malaysia kini di tangga kedua tertinggi punyai kadar pemilikan kenderaan di Asia