Saiz sebenar Orang Utan dewasa di Malaysia buat netizen terkejut

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Yang berkongsikan tentang kehidupan seekor orang utan telah menarik perhatian netizen kerana saiz orang utan tersebut yang besar.

Video orang utan itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Fathadieyla92.

Difahamkan, pemilik akaun TikTok yang berkongsikan video orang utan itu bekerja di pusat pemuliharaan hidupan liar Semenggoh, Sarawak.

Saiz sebenar Orang Utan dewasa di Malaysia buat netizen terkejut

Dalam video yang berdurasi selama hampir lima minit itu, dapat dilihat seekor orang utan itu sedang berjalan mengikuti individu itu daripada belakang.

Artikel Berkaitan: “Punya besar signboard no entry” – Pelajar Dedah Ramai Ceroboh Masuk Blue Lagoon Milik UPM

Artikel Berkaitan: “Comel je naik lori” – Netizen Teruja Tengok Gajah Dipindah Dengan Lori

Menurutnya juga, setiap seekor orang utan di situ diberi nama dan orang utan dalam video TikTok itu dinamakan Anuar.

Rata-rata warganet kagum melihat saiz orang utan tersebut yang menyerupai saiz orang dewasa.

Meninjau ke ruangan komen, difahamkan bahawa orang utan yang bersaiz besar seperti yang ditunjukkan di dalam video itu memerlukan sekurang-kurangnya lapan hingga 10 orang lelaki dewasa untuk mengawalnya.

Ini kerana difahamkan juga, orang utan itu bukanlah jinak, kerana ia hidup liar di pusat tersebut.

Ada juga warganet yang bertanya adakah bulu orang utan itu lembut seperti bulu kucing namun menurut Fatha Adieyla, bulu orang itu diibaratkan seperti rambut manusia yang tak pernah mandi sepanjang hidup.

 

Baca juga: Sayu tengok pakcik ni menangis selepas berjaya bayar hutang PIBG RM400