Sama rasa seperti hati ayam, tapi bahagian ini tidak boleh dimakan jika mahu hidup lama

Oleh ADINDA

Jangan makan ginjal ayam jika ingin hidup lama.

Ramai yang tidak menyedari tentang bahagian dalam ayam yang jarang dibuang dan sering menjadi sebahagian dari hidangan kita setiap hari.

Kita sering melihat peniaga tidak membuang bahagian ini di bahagian paha ayam.

Sama rasa seperti hati ayam, tapi bahagian ini tidak boleh dimakan jika mahu hidup lama
Sama rasa seperti hati ayam, tapi bahagian ini tidak boleh dimakan jika mahu hidup lama

Menurut satu perkongsian di laman Facebook Menu Masakan Senusantara, kajian ilmiah telah membuktikan bahawa bahagian tersebut boleh menjadi berbahaya jika tidak dibuang.

“Yang suka makan bahagian ini dan menganggap ini adalah hati atau rahang ayam, wahai ahli group Menu Masakan Senusantara ini adalah ginjal ayam iaitu bahagian ayam yang menyimpan racun dalam tubuh ayam.

“Bahagian tersebut dikatakan di mana makanan ayam yang mengandungi ubat turut terkumpul dan ini termasuk darah kotor yang tidak sihat untuk dimakan,” jelas perkongsian tersebut.

Dalam masa yang sama, kebanyakan pengguna media sosial juga terkejut dengan penemuan itu.

“Selalu memang aku makan bahagian ini, rasa dia sama sahaja seperti hati dan pedal ayam. Terima kasih dengan info ini,” ujar Waqori Selamat.

“Aku baru tahu hari ini bahawa bahagian ini tidak boleh dimakan, dah berapa banyak ditelan sebelum ini,” jelas Khaira Mohd Noor.

Baca :

‘Nampak orang tak ada kepala, kena rasuk guna tongkat’ – Ini perkara penting pendaki kena ambil tahu

Tak perlu makan ubat, buah delima mampu tingkatkan tenaga batin

Masukkan sesudu bahan ini, barulah ikan sardin tak keluarkan ‘letupan’ minyak