Sama – sama dijangkiti kutu, Selena Gomez anggap ia sesuatu yang romantik

Oleh ISMAIL YAHYA

Hubungan romantis antara penyanyi Selena Gomez dan penerbit Benny Blanco sering kali menimbulkan perasaan negatif di kalangan peminat.

Ramai yang berpendapat bahawa Selena sepatutnya berkawan dengan lelaki yang lebih baik dan tampan daripada Benny yang digambarkan sebagai tidak menarik dan kurang bersih.

Peminat semakin marah apabila Benny dituduh menjangkitkan kutu kepada Selena kerana kurang menjaga kebersihan.

Sama - sama dijangkiti kutu, Selena Gomez anggap ia sesuatu yang romantik
Sama – sama dijangkiti kutu, Selena Gomez anggap ia sesuatu yang romantik

Namun, Selena melihat penyakit kutu yang dideritainya sebagai sesuatu yang romantis dari pasangannya.

“Selena dan Benny dijangkiti kutu pada waktu yang sama.

“Jika orang lain anggap ia sebagai jijik tetapi Selena merasakan ia sesuatu yang romantik,” beritahu sumber terdekat pasangan tersebut.

Peminat-peminat berharap agar Selena mempertimbangkan semula hubungannya dengan Benny kerana mereka merasakan lelaki tersebut memberi kesan yang tidak baik kepada Selena.

“Itu namanya pengotor bukan romantik! Dia bercinta dengan pengemis, tak terkejut kalau memang ada kutu,” komen netizen.

Walau bagaimanapun, terdapat peminat yang mengatakan bahawa cerita tersebut adalah tidak benar dan sengaja direka untuk merosakkan reputasi pasangan itu.

Baca :

‘Port’ baik untuk OOTD raya di sekitar Lembah Klang bagi anak perantau yang tak pulang ke kampung

Nak siang ikan cencaru ada tekniknya, baru senang nak masak & makan

Individu kongsi resipi kepak ayam crispy garlic, terpaling viral dan sedap!