Sarawak cipta apps pantau buaya secara ‘real time’, sekali lain pula netizen komen ‘buaya darat pun termasuk ke?’

Oleh GEMILANGDAILY

Sarawak cipta apps pantau buaya secara ‘real time’, sekali lain pula netizen komen ‘buaya darat pun termasuk ke?’

Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) sedang bekerjasama dengan Sarawak Information Systems Sdn Bhd

(SAINS) bagi membangunkan aplikasi pemantauan kehadiran buaya mengikut masa nyata (“real time”)

Sarawak cipta apps pantau buaya secara 'real time', sekali lain pula netizen komen 'buaya darat pun termasuk ke?'

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak Len Talif Salleh berkata.menerusi aplikasi itu, populasi buaya dapat dipantau secara berterusan dan kawasan panas konflik manusia-buaya dapat dikenal pasti.

Katanya, kerajaan Sarawak sentiasa bersedia mempelopori penggunaan teknologi terkini dalam mana-mana bidang.

“Secara amnya, (buat masa ini) dron dan Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) digunakan untuk membuat pemerhatian dan merekodkan taburan buaya dan sarangnya.

“Bagaimanapun, kita perlu akur yang kita berkongsi habitat dengan buaya dan perlu mengambil langkah bersesuaian untuk mengurangkan risiko serangan buaya,” katanya menjawab soalan Mohd Chee Kadir (GPS-Kabong) semasa sesi soal jawab pada sidang DUN Sarawak di sini hari ini.

Mohd Chee mahu tahu langkah-langkah yang telah dan akan diambil kerajaan negeri bagi mengatasi ancaman serangan buaya di Sarawak.

Len Talif berkata, dari 2020 hingga kini, SFC telah menjalankan sebanyak 107 operasi dan 95 ekor buaya telah ditangkap, manakala 482 biji telur telah dipindahkan.

“Dari 2020 hingga 2022, sebanyak 77 lesen pemburuan buaya telah dikeluarkan,” katanya.

“Program Kesedaran 3M (mengetahui, memahami dan memulihara) Buaya juga sentiasa dianjurkan di kawasan-kawasan yang mempunyai kehadiran buaya dan papan tanda amaran kehadiran buaya diletakkan di kawasan strategik

BACA: 

Mufti besar Russia anugerahkan ‘Pingat Perpaduan Ummah’ kepada Mat Sabu, rupanya ini yang dia buat sebenarnya

Isu kalimah Allah : Rupanya ini punca asal kes tersebut, ramai tak tahu