‘Saya hanya raba-raba je, saya tak sengaja sentuh bahagian sensitif’, Ustaz kantoi cabul pelajar sampai hamil!

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

‘Saya hanya raba-raba je, saya tak sengaja sentuh bahagian sensitif’, Ustaz kantoi cabul pelajar sampai hamil!

SEORANG guru ngaji lelaki ditahan polis  selepas didakwa mencabul 12 orang pelajar perempuan dalam lingkungan umur 9 hingga 16 tahun.

Ketua Polis Bandung, Kusworo Wibowo berkata, suspek, Adji Rustandi dilaporkan pada 17 Mei dan berjaya diberkas pihak berkuasa tiga hari kemudian.

'Saya hanya raba-raba je, saya tak sengaja sentuh bahagian sensitif', Ustaz kantoi cabul pelajar sampai hamil!

Menurutnya, berdasarkan laporan diterima, Adji didakwa melakukan persetubuhan dengan pelajar perempuannya yang berusia 16 tahun sehingga hamil.

“Penderaan secara seksual tersebut bermula apabila pelajar perempuan tersebut datang ke rumah suspek untuk mengaji al-Quran.

“Kemudian mereka melakukan hubungan intim, manakala 11 lagi mangsa tidak melakukan persetubuhan,” katanya.

Suspek didakwa melakukan persetubuhan dengan pelajar perempuannya yang berusia 16 tahun sehingga hamil. — Gambar hiasan

Suspek bagaimanapun mengakui tidak bersalah, malah menyatakan bahawa anak muridnya itu memang sering mencium dan memeluknya.

Oleh itu katanya, dia secara tidak sengaja menyentuh bahagian sensitif anggota badan pelajar perempuan berkenaan.

“Masalahnya pelajar sendiri yang suka peluk dan cium saya semasa mengaji.

“Jadinya saya cium dahi dia. Semasa peluk, saya tak sengaja tersentuh bahagian sensitifnya.

“Mungkin ilmu saya kurang, tapi saya tidak ada niat nak cium pelajar (buat gangguan seksual),” katanya pada Isnin.

Ekoran itu, pelajar hamil berkenaan dipaksa berkahwin dengan Adji, namun suspek mengakui bersetuju melakukannya hanya untuk menghormati mangsa.

“Mungkin saya tersilap, tetapi saya hanya meraba-raba, tidak melakukan hubungan seks, (lagipun) saya menghidap hernia,” katanya.

Sehubungan itu, Adji didakwa di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak Perkara 81 dan 82, selain berdepan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 15 tahun.

baca: 

Marketing diluar kotak pemikiran! Gerai ini jual nama Siti Nurhaliza sekali lain pula jadi bila netizen buat kerja

Selalu orang masak kangkung goreng ikan bilis sekali lain pula jadi bila dapat kangkung goreng masak ular