“Saya tidak mahu ganggu hubungan suami dan kekasihnya, saya ingin bermadu tetapi suami tak tahu sekali ini jawapan dia

Oleh GEMILANGDAILY

“Saya tidak mahu ganggu hubungan suami dan kekasihnya, saya ingin bermadu tetapi suami tak tahu sekali ini jawapan dia. Setiap hari saya mohon ampun pada suami, supaya urusan saya untuk lahirkan anak berjalan lancar.

Saya tidak menggangu hubungan suami dan kekasihnya ketika itu. Saya pernah mengeluarkan pendapat bahawa saya ingin bermadu. Tetapi suami tak mau.

Katanya dia tiada hati langsung pada saya lagi.

Assalamualaikum admin. Bila terbaca kisah isteri mengandung yang telah diceraikan sejujurnya saya amat sedih dan teringat kisah saya.

"Saya tidak mahu ganggu hubungan suami dan kekasihnya, saya ingin bermadu tetapi suami tak tahu sekali ini jawapan dia

Satu ketika dulu yang mana saya juga diceraikan ketika hamil 3 bulan melalui lafaz taklik, saya akan tunggu awak sehingga awak bersalin.

Apabila dirujuk ke pejabat agama, jatuh talak setelah isteri melahirkan. Ketika itu usia berkahwinan kami lebih kurang 6 bulan.

Masih dalam mood honeymoon bagi setengah pasangan. Ketika itu saya mula keliru dengan pelbagai perasaan yang saya rasa.

Sedih apabila fikir yang saya akan kehilangan suami apabila melahirkan nanti dan gembira apabila saya akan melahirkan anak pertama saya. Pada awalnya saya pernah terfikir untuk menggugurkan anak saya ketika itu dek kerana perasaan marah saya pada suami.

Tapi dari hari ke hari saya mula rasa apa yang saya lakukan pada dia (baby) sangat tidak adil. Apabila dia mula bergerak ketika itu usia kandungan sudah masuk ke 5 bulan, Allah hadirkan 1 perasaan yang sangat istimewa.

Ia juga membuatkan saya terus bersemangat untuk mencari dan mengumpul sebanyak banyak kekuatan untuk baby. Alhamdulillah berkat doa, sokongan dan pelbagai amalan saya mendapat kekuatan itu. Saya lebih mendekatkan diri saya kepada Pencipta.

Saya luah dan kebergantungan saya hanya pada Dia. Dan apabila saya mula memaafkan dan mula redha dengan apa yang akan Allah tetapkan untuk saya dan anak saya kelak, saya mendapat lebih banyak kekuatan.

Saya tidak lagi meratapi nasib saya malah saya terus berusaha untuk menjadi seorang isteri yang baik. Setiap hari saya pohon ampun pada suami. Saya hanya ingin segala urusan saya dipermudahkan dan dapat melahirkan anak saya dengan mudah dan lancar.

Saya tidak menggangu hubungan suami dan kekasihnya ketika itu. Dan kalau boleh saya tak nak tau dan kenal siapa orang yang telah bertakhta di hati suami saya menggantikan saya ketika itu. Malah saya pernah mengeluarkan pendapat bahawa saya ingin bermadu.

Tetapi suami tak mau. Katanya dia tiada hati langsung pada saya lagi. Saya selamat melahirkan anak melalui kaedah pembedahan. Walaupun saya berasa pelik kerana saya tidak pernah mengaIami dan merasai sakit atau contraction macam orang nak bersalin, saya yakin Allah jugalah yang berkuasa ke atas setiap makhluknya.

Saya melakukan pemeriksaan berkala tanpa culas. Tetapi anak saya telah overdue lebih dari 10 hari. Pada hari pembedahan, Allah yang gerakkan hati saya untuk membuat pemeriksaan di hospital besar dan mereka dapati air ketuban saya sudah pon kering, jantung baby sangat lemah.

Mereka terpaksa menjalan emergency operation ke atas saya untuk mengeluarkan baby. Baby tidak lagi bersuara ketika dia dikeluarkan, malah tidak bergerak. Saya sangat berasa bersalah. Tapi Allah Maha Penyembuh, saya mendengar tangisannya selang beberapa minit.

Menurut doktor anak saya sudah termakan najisnya sendiri. Sekarang usia anak saya sudah hampir 15 tahun. Saya tidak pernah berhenti bersyukur dengan apa yang telah saya lalui sebelum ini.

Kerana itu Allah pinjamkan saya seorang suami dan anak-anak yang sangat sempurna. Kalau nak tau selain mendapat kekuatan dari kaluarga dan sahabat, saya mendapat kekuatan selepas sesi kaunseling terakhir saya dengan bekas suami ketika di pejabat agama.

Ketika itu usia kandungan saya sudah hampir 9 bulan. Dia memohon maaf pada saya, katanya saya adalah seorang isteri yang baik, menjalankan tanggungjawab dengan sempurna. Tapi ini adalah soal hati.

Ketika saya mendengarnya, saya berasa amat lega kerana terjawab segala tanda tanya saya adakah saya bukan seorang isteri yang baik? Saya amat berasa lega ketika itu. Perkongsian saya ini bukanlah untuk menunjukkan siapa yang benar siapa yang salah.

Ia lebih kepada yakin kita kepada rahsia Allah. Jodoh itu adalah rahsia Allah. Walaupun kita adalah seorang pasangan yang cukup baik untuk pasangan kita, tapi Allah lebih Mengetahui. Teruskan berbuat baik terhadap pasangan.

Peliharalah sebaik baiknya aib pasangan kita. Saya tahu di luar sana banyak lagi rumahtangga yang sedang diuji. Malah lebih teruk dari kisah saya ni. Tapi sekiranya berlaku keganasan rumahtangga, buatlah tindakan yang bijak.

Jangan jadi macam ecah dalm cerita Nur pulak.. hihihi.. Ketika itu keluarga dan sahabat terdekat sangat risau takut-takut saya meroyan. Tapi alhamdulillah macam saya ceritakan tadi, kebergantungan saya hanya pada Allah dan saya melalui proses berpantang dengan baik dan sihat walaupon ketika itu proses penceraian saya sudah mula berjalan.

Saya dalam iddah ketika saya berpantang. Saya membesarkan anak saya dengan bantuan keluarga tanpa seorang yang bergelar suami dan bapa. Ingat ye semua.. Kita sentiasa merancang untuk mendapatkan yang terbaik dalam hidup kita, tetapi Allah juga Maha Perancang dan sebaik baik perancang.

Dia sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya. Dan selepas usia anak saya berumur 4 tahun, Allah hadirkan dan pinjamkan lagi saya seorang yang bergeIar suami. Dan kini saya sentiasa berdoa dan berharap agar ia akan kekal sampai syurga Allah, Aamiinn

Komen Warganet :

Roslinah Zakaria : Alhamdullilah, ternyata anda tabah menghadapi ujian Allah, ujian kita berbeza tapi kalau kita bersandarkan pada Allah semata – mata, inshaallah Allah akan berikan terbaik buat hambanya sebab bila berharap pada manusia kadangkala mengecewakan.

Tapi berharap pada Allah swt tidak pernah mengecewakan. Allah Maha Besar dan dia lah sebaik-baik perancang. Semoga anda berbahagia dengan suami dan anak anda. Aaminn..

Adeeba Raxak : Kenapa sampai macam tu sekali. Ingatlah Allah bagi awak suami pertama tu bukan sebab untuk awak je. Allah bagi yang pertama tu adalah untuk kelahiran anak awak tu. Dah tertulis takdir dia dan juga awak sebagai ibu dia, bekas suami sebagai bapa, takdir anak sebenarnya.

Jangan ingat bekas suami tu hanya untuk awak, dan untuk kebahagiaan semata-mata. Awak ditakdirkan jadi isteri dia sementara dan jadi asbab untuk kelahiran yang lain. Kelahiran cinta sejati. Tak usahlah fikir lagi, buang yang negative semua, kekal kan positive.

Eloklah tak hidup bermadu. Alhamdulilah suami jujur, Tak perlu kasihan kan nasib buruk yang berlaku pada diri sendiri tapi bersyukur sebab bebas daripada tempah neraka, Terpaksa dalam redha bermadu boleh mental, berdendam, benci, penuh negative kalau tak wujud keadilan bila berpoligami.

Maizatul Ezwa Mustaffa Kamal : Sedihnya cerita puan ni. Semoga puan kekal bahagia bersama suami puan. Tabahnya sis. Sistur doakan kebahagiaan sis dengan anak berkekalan dan sentiasa di bawah lindungannya.

Najua Zainal : Berkat kesabaran sis. Alhamdulillah tumpang gembira dengan kebahagiaan sekarang. Semoga dipermudahkan segala urusan sis sekeluarga Amin.

BACA: 

Berpakaian ketat dan merangsang nafsu lelaki akan didenda di Terengganu?

“Ia satu perasaan luar biasa, macam jackpot nombor loteri”, pemuda ini terkejut jumpa duit emas bernilai RM 500K!

“Aku tak sedap hati, mak pergi ladang ayah rupanya nak bagi bekal dah campur racun tikus, aku takkan lupa apa mak buat”