Scam orang ramai, ayah baby Syifaa kena tahan polis

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Bapa kepada Baby Syifaa ditahan polis, petang semalam berkaitan kes penipuan dalam urusan yuran guaman.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, lelaki terbabit ditahan pada 2.45 petang di Kuala Lumpur oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, lelaki terbabit yang juga aktivis memperjuangkan kes penganiayaan, didakwa menyeleweng wang sumbangan orang ramai yang disalurkan kepada akaun syarikat yang ditubuhkannya, YY Community Center.

Bekas peguam pemerhati keluarga Baby Syifaa, Hafiz Norkhan juga menafikan wang itu digunakan untuk memulakan kerja bagi mewakili kes.

Menurut Hafiz, beliau tidak mengetahui namanya digunakan dan hanya maklum mengenainya selepas diberitahu oleh mangsa dan pengadu lain sebelum membuat laporan polis berkenaan isu itu.

Baca : Nonny buat hal lagi tayang sedang berkemban, sikit lagi nak terlondeh