‘Scammer’ rupanya dah tipu ramai orang pencen, lelaki ini sedih kawannya boleh lesap RM50,000

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Walaupun sudah banyak kali pihak berkuasa ingatkan jangan mudah terperdaya dengan skim pelaburan online yang sebenarnya ‘scammer’ tetapi ramai juga kecundang.

Malah, orang pencen yang sepatutnya lebih matang dalam mengurus kewangan juga tidak sedikit yang berputih mata apabila wang lesap begitu sahaja.

Kelabu mata dengan janji pelaburan yang kononnya menguntungkan, akhirnya duit yang dihimpun puluhan tahun lesap.

'Scammer' rupanya dah tipu ramai orang pencen, lelaki ini sedih kawannya boleh lesap RM50,000
‘Scammer’ rupanya dah tipu ramai orang pencen, lelaki ini sedih kawannya boleh lesap RM50,000

Ikuti cerita penulis Imlan Adabi ini mengenai kawannya yang juga menjadi mangsa kepada ‘scammer’ melalui pelaburan atas talian:

Kawan saya lesap RM50,000 kerana pelaburan online.

Dia hampir hilang segala-galanya.

Bukan sahaja wang simpanan lesap, malah wang pencen bulanan terpaksa digunakan untuk bayar hutang rakan dan keluarga.

Isteri pula dah menuntut cerai. Suami yang pokai bukan idola wanita yang mengharapkan masa depan sempurna.

Kawan saya pesara kerajaan. Pencen bulanan lebih RM6,000.

Memang tidak logik orang yang berkelulusan dan berpengetahuan boleh terjebak dengan pelaburan gelap.

Dua tahun lalu, dia memujuk saya aktif bitcoin. Saya tolak kerana tidak ada pengetahuan.

Dia juga ajak skim yang lain. Saya juga tolak dengan alasan sakit dan kerap ke hospital. Tiada masa nak memantau online.

Sejak lima tahun lalu saya amalkan pelaburan tetap dalam ASB setiap bulan.

Saya labur RM500 sahaja. Pulangan tidak banyak. Memadai untuk saya seronok tengok angka duit yang dilaburkan selain bayar zakat dan sedekah.

Ketika saya tenang pada hari tua, rakan saya usia 56 tahun terpaksa keluar dari rumah kelaminnya.

Saya sedih rakan yang dulu segak dengan Mercedes ke kelab golf kini memandu Myvi model lama.

Saya sedih. Rakan saya seorang yang baik. Dalam kehidupan ini baik sahaja tidak cukup.

Baca :

Punyalah majlis kahwin paling ‘angkuh’, 100 utas gelang emas jadi kalung anak saudagar

“Lepas berjimak, dia selamba je campak kondom luar tingkap, dah lah berbau siap ada kesan warna”

Baru kahwin 3 hari, isteri lari lepas dapat tahu gaji suami bawah RM1200