Sedap sungguh! Kek keju lembut & gebu hanya guna 3 bahan ini

Oleh NADIA HARON

Cuma dengan 3 bahan, anda boleh membuat kek yang sangat sedap dan memukau!

Bahan-bahan:

• 120g Tatura Cream Cheese⁣
• 120g Susu Pekat Manis⁣
• 3 Biji telur gred B *Sukatan ini mencukupi untuk 1 loyang kecil saja.

Sedap sungguh! Kek keju lembut & gebu hanya guna 3 bahan ini
Sedap sungguh! Kek keju lembut & gebu hanya guna 3 bahan ini

Sesuai untuk anda yang pertama kali nak try.

Kalau anda nak kek yang lebih besar, boleh gandakan sukatan ya.⁣

Cara-caranya:

1. Pukul Cream Cheese Dan Susu Pekat⁣

Mula-mula, pukul cream cheese dan susu pekat sampai kental dan tidak berketul.

Kalau nak kurangkan manis, boleh kurangkan susu pekat.

⁣ ⁣ Untuk memukul, boleh gunakan mixer atau blender.

2. Asingkan Telur Putih & Pukul⁣

Kemudian, asingkan telur putih dan telur kuning.⁣

Ambil telur putih dan pukul sampai teksturnya berkrim (meringue).

Masukkan telur kuning ke dalam adunan cream cheese⁣.

Telur kuningnya pula jangan dibuang.

Masukkan ke dalam adunan cream cheese yang telah dipukul bersama susu pekat tadi.⁣

4. Campurkan Semua Bahan⁣

Seterusnya, kita campurkan kesemua adunan yang di atas tadi sehingga sebati.

Gaul rata menggunakan senduk.⁣

5. Tuang Dalam Loyang⁣

Tuangkan adunan ini ke dalam loyang yang telah dilapik dengan baking paper.

Kalau tiada, boleh gunakan kertas buku biasa yang kosong.⁣

6. Bakar⁣

Panaskan oven anda pada suhu 150 darjah Celsius dan biarkan selama 10 minit.

Untuk mengunakan kaedah ‘water bath’, masukkan loyang ke dalam bekas yang berisi air seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.

Pastikan air dalam loyang hanya mencapai separuh loyang.

Jangan biarkan air melimpah apabila anda letak loyang kek di dalam oven.

Semasa oven sedang dipanaskan, air dalam bekas itu akan mendidih.

Untuk menggunakan kaedah ‘water bath’, bakar pada suhu 160 darjah Celsius untuk 30 minit pertama dengan api atas dan bawah.

Selepas itu, kurangkan suhu kepada 150 darjah Celsius dan teruskan memasak selama 25 minit lagi atau sehingga kek masak sepenuhnya.

7. Sejukkan⁣

Bila dah masak, biarkan selama 15 minit dalam oven, kemudian baru keluarkan. Pastikan pintu oven dibuka sedikit ya. ⁣

8. Topping⁣

Akhirnya, boleh letak topping mengikut selera korang.

Makan macam tu je pun dah sedap. ⁣ ⁣

Yang ni saya guna parutan keju cheddar. Kalau nak cairkan parutan keju pun boleh.

Baca :

“kalau boleh, jangan …” – individu ini kesal masih ada yang tidak cakna laluan OKU

Tidur pun ada kaitan dengan kegemukan, ini 5 punca gagal kuruskan badan

Individu kongsi ilmu ‘pengasih’ cara masak nasi sedap macam kena ‘guna – guna’