Selain dapat jaga kesihatan mata, ini khasiat terung yang anda perlu tahu!

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Kebanyakkan orang yang suka dengan hidangan terung balado dari Indonesia.

Hidangan ini terkenal dengan rasa yang sedap dan mudah untuk dimasak.

Tetapi, tahukah anda bahawa terung sebenarnya mempunyai pelbagai manfaat yang penting untuk kesihatan?

Selain dapat jaga kesihatan mata, ini khasiat terung yang anda perlu tahu!
Selain dapat jaga kesihatan mata, ini khasiat terung yang anda perlu tahu!

Terung tidak hanya memberi rasa enak, tetapi juga dikenali kerana boleh membantu melawan sel kanser!

1. Rendah kalori

Kalori penting untuk aktiviti fizikal, tapi kalau terlalu banyak, ia boleh membahayakan kesihatan.

Jadi, makan terung adalah pilihan yang sihat kerana ia rendah kalori, rendah lemak, tetapi tinggi serat.

Ini bermaksud, orang dewasa dan kanak-kanak dapat kenyang tanpa perlu makan banyak.

2. Kurangkan risiko sakit jantung

Kaya dengan bahan antioksidan, beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa terung boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Kajian lain pula menunjukkan bahawa terung mungkin memberikan perlindungan yang baik kepada jantung.

3. Boleh meningkatkan kawalan gula darah

Menambahkan terung ke dalam pemakanan kita juga dapat membantu mengawal tahap gula dalam darah.

Menurut jurnal Mekanisme Tindakan Serat Makanan dalam Kolon Manusia, terung mengandungi banyak serat yang akan dicerna secara menyeluruh oleh sistem pencernaan.

Oleh itu, termasuk terung dalam pemakanan juga sesuai untuk membantu mengawal diabetes.

4. Mencegah lupa ingatan

Adakahanda tahu bahawa nasunin, satu jenis anthocyanin yang terdapat dalam kulit terung, boleh membantu melindungi sel-sel dalam otak daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas?

Nasunin juga membantu mengangkut nutrien ke dalam sel dan membuang bahan toksik.

Selain itu, anthocyanin juga membantu mengurangkan keradangan saraf dan meningkatkan aliran darah ke otak.

5. Menjaga kesihatan mata

Manfaat terung juga penting untuk kesihatan mata.

Terung mengandungi bahan antioksidan seperti lutein dan zeaxanthin.

Lutein kelihatan membantu dalam kesihatan mata dan boleh membantu mencegah penyakit degenerasi makula yang berkaitan dengan penuaan, yang boleh menyebabkan kehilangan penglihatan pada orang tua.

6.Mencegah kecacatan pada janin

Siapa sangka, kebaikan terung seterusnya adalah bagi ibu mengandung yang ingin menjaga kesihatan bayi dalam kandungan.

Terung mengandungi asid folik yang penting untuk ibu hamil.

7. Kaya dengan zat besi dan kalsium

Terung sangat baik untuk kesihatan kerana ia mengandungi banyak zat besi dan kalsium yang penting untuk tubuh.

Mineral ini membantu tulang tumbuh dengan lebih cepat, membolehkan kanak-kanak menjadi lebih tinggi dan lebih kuat.

8. Bantu turunkan berat badan

Manfaat terung ialah ia mengandungi banyak serat dan sedikit kalori, menjadikannya pilihan makanan yang baik untuk menyokong usaha penurunan berat badan anda.

Terung sering digunakan sebagai alternatif yang kaya serat dan rendah kalori.

9.Meningkatkan metabolisme

Terung baik untuk membantu menguruskan berat badan, ia juga baik untuk meningkatkan sistem pertahanan badan.

Fitonutrien dalam terung juga boleh membantu melindungi sel-sel otak.

Tambahan pula, kebaikan terung untuk lelaki dan wanita amat membantu dalam meningkatkan prestasi tubuh badan.

10.Bantu lawan kanser

Ramai yang tak sedar bahawa terung juga boleh membantu melawan kanser.

Terung mengandungi bahan-bahan yang berpotensi melawan sel kanser.

Contohnya, solasodine rhamnosyl glycosides (SRGs) adalah sejenis bahan yang ada dalam beberapa tumbuhan nightshade, termasuk terung.

Jadi, bagi penggemar terung, teruskanlah makan terung kerana ia sangat baik untuk kesihatan!

Baca :

Tak sangka semudah itu nak buat telur masin sendiri di rumah, boleh buat stok Ramadan

Bukan sahaja bak kut teh, ini 9 lagi makanan diiktiraf Warisan Negara

Anak kacukan Melayu-Korea ini baru umur 2 tahun dah boleh berzikir, baca surah pendek