Selalu menunjuk kekayaan dalam media sosial, peguam ini cadang LHDN kenakan tax kepada influencer dan founder produk

Oleh GEMILANGDAILY

Selalu menunjuk kekayaan dalam media sosial, peguam ini cadang LHDN kenakan tax kepada influencer dan founder produk.

Seorang peguam telah mencadangkan agar golongan peniaga dalam talian dan pempengaruh media sosial atau ‘influencer’ dikenakan cukai pendapatan.

Ini disebabkan kebanyakan ‘influencer’ dan pengasas produk menunjukkan gaya hidup mewah di media sosial, tetapi tidak semua dari mereka membayar cukai.

Selalu menunjuk kekayaan dalam media sosial, peguam ini cadang LHDN kenakan tax kepada influencer dan founder produk

Peguam Cukai, Ezmeer Zulkarnain, menyatakan bahawa usaha untuk memantau dan menjejaki individu ini perlu ditingkatkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) agar mereka juga menyumbang kepada pendapatan negara.

“Asas cukai perlu diperluas kepada perniagaan dalam talian dan media sosial. Jika dilihat, ‘influencer’ dan pengasas produk ini secara meluas menunjukkan gaya hidup mewah, tetapi tidak semua dari mereka membayar cukai.

“Walaupun terdapat unit di LHDN yang memantau, usaha ini perlu diperkuatkan, dan golongan ini sendiri harus menyedari kewajipan membayar cukai kerana mereka telah mendapat pelbagai kemudahan dan inisiatif daripada kerajaan,” kata Ezmeer mengutip laporan Astro Awani.

Berucap dalam program Pantau Kos Sara Hidup, Percuakain Kondusif; Antara Pembangunan Negara dan Kewangan Rakyat di Astro AWANI, Ezmeer juga menekankan bahawa golongan ini sepatutnya berkongsi dan memberikan pulangan pendapatan mereka kepada negara.

Ezmeer, yang juga Prinsipal di Tetuan Ezmeer Zulkarnain, berharap agar pentadbir meningkatkan lagi inisiatif pendidikan cukai. Beliau menggariskan bahawa tahap literasi cukai dalam kalangan masyarakat masih sederhana, yang seterusnya menyebabkan ketidakpatuhan cukai.

“Tahap literasi cukai masih sederhana dan ini akhirnya menyumbang kepada ketidakpatuhan. Mungkin LHDN boleh melaksanakan beberapa inisiatif untuk meningkatkan pemahaman masyarakat terhadap cukai melalui program-program dalam kumpulan yang lebih kecil agar penyampaiannya lebih berkesan,” jelasnya.

Pada masa yang sama, Ezmeer berharap LHDN dapat membangunkan satu aplikasi khas bagi pembayar cukai untuk memuat naik dokumen cukai termasuk resit pembelian dan derma. Ini akan memudahkan urusan dan proses untuk deklarasi cukai yang dilakukan setahun sekali dan mengelakkan kehilangan dokumen yang berkaitan.

BACA:

“Ini bukan bapa haruan makan anak, ini mak makan anak!”, Ibu buat amang seksual terhadap anak lelaki ditahan

Nampak biasa je, rupanya dia punya harga cecah RM40,000! Cuba cek kat rumah mesti mak-mak ada simpan satu