Selalu nampakkan bas Sani Ekspress di Jalanraya, ini biodata pengasas syarikat bas terkenal ini

Oleh GEMILANGDAILY

Selalu nampakkan bas Sani Ekspress di Jalanraya, ini biodata pengasas syarikat bas terkenal ini.

Bas ekspres sangat sinonim sebagai salah satu alternatif pengangkutan kepada mereka yang menginginkan perjalanan yang selamat dan selesa dengan harga yang berpatutan.

Selain daripada itu, bas ekspres juga menjadi salah satu pengangkutan utama bagi mereka yang bekerja di luar daerah untuk pulang ke kampung halaman; terutamanya pada musim perayaan.

Selalu nampakkan bas Sani Ekspress di Jalanraya, ini biodata pengasas syarikat bas terkenal ini

Bila menyebut mengenai bas ekpres ni, sudah pasti Sani Express menjadi pilihan kebanyakan orang. Siapa sebenarnya pemilik Sani Express ni? Jom kita berkenalan dengannya.

Asal Daripada Terengganu, Pernah Menjadi Penyanyi

Dato’ Wan Mohammad Sani bin Salleh merupakan Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd, yang juga merupakan pemilik Sani Ekspress Sdn Bhd, Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd. Maknanya, inilah pemilik kepada syarikat bas Sani Ekspress yang menjadi pilihan ramai itu.

Dato’ Sani merupakan jejaka kelahiran Kuala Ibai, Terengganu dan merupakan anak keempat dari enam orang adik beradik. Dato’ Sani juga merupakan pemegang Diploma Perniagaan dari Kolej Sunway. Sebelum bergelar usahawan,

Dato’ Sani memulakan kariernya sebagai model yang kemudiannya menjadi salah satu penyanyi kumpulan Impression bersama Norman Hakim dan Eizlan Yusoff sekitar lewat 90-an.

Selalu nampakkan bas Sani Ekspress di Jalanraya, ini biodata pengasas syarikat bas terkenal ini

Setelah beberapa lama menceburkan diri dalam bidang seni, Dato’ Sani mula memikirkan kerjaya masa depannya. Bagi seorang yang bercita-cita tinggi sepertinya, beliau mula memikirkan untuk mengubah haluan hidupnya daripada seorang selebriti kepada seorang usahawan.

Dari situlah Dato’ Sani mula berkecimpung dalam dalam bidang perniagaan perkhidmatan bas ekspres, lalu wujudnya Sani Express, di mana ia telah mengangkat dirinya sebagai seorang usahawan muda di Malaysia.

Sebelum ini, Dato’ Sani memulakan perniagaan dengan membuka bengkel membaiki kenderaan. Pada tahun 2003, Dato’ Sani telah menubuhkan Sani united Sdn Bhd (SUSB) dengan 2 lagi rakan kongsi yang menarik diri tak lama kemudian.

Selalu nampakkan bas Sani Ekspress di Jalanraya, ini biodata pengasas syarikat bas terkenal ini

Ini menyebabkan Dato’ Sani terpaksa mengambil risiko dengan seorang pekerja dan hanya pada tahun 2006, barulah menyaksikan Sani Express berada di jalanraya dengan enam buah bas.

Setelah beberapa tahun berlalu, SUSB kini memiliki lebih daripada 150 pekerja dan mempunyai bangunan 3 tingkat sendiri iaitu Wisma Dato’ Sani yang terletak di Klang Sentral. Malah Dato’ Sani telah membiarkan pihak pengurusan mengendalikan syarikat Sani Express ini.

 

Bercerita tentang khidmat yang disediakan, sebanyak 25 buah bas 2 tingkat atau lebih dikenali sebagai bas double decker telah beroperasi yang dilengkapi teknologi keselamatan dari Sweden bernilai 40 juta. Begitu canggih sekali bas ini, sehingga ia dapat mengesan sebarang masalah teknikal lebih awal. Kaunter tiket juga dilengkapi dengan sistem CCTV yang disambungkan ke ibu pejabat bagi melancarkan operasi. Manakala, ibu pejabat di Klang Sentral pula memiliki pusat latihannya sendiri.

Setiap perniagaan pasti ada risikonya, begitu juga dengan perkhidmatan bas Sani Express. SUSB tak kebal daripada krisis, apabila terdapat beberapa kemalangan maut yang melibatkan bas syarikatnya yang menyebabkan kes ini disiasat oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP). Namun, itu bukanlah penghalang kepada Dato’ Sani untuk terus mengembangkan perniagaannya.

Kini, Dato’ Sani juga merupakan pemilik hotel jenama sendiri yang juga memberikan pulangan yang cukup memberangsangkan. Selain daripada itu, perkhidmatan bas ekspresnya juga diperluaskan ke utara Malaysia setelah menguasai destinasi Pantai Timur.

Kita sewajarnya mencontohi usaha gigih Dato’ Sani untuk terus maju dalam perniagaannya. Perjalanan untuk berjaya memanglah tidak mudah, namun juga tudak mustahil untuk dicapai.

BACA:

“Kenapa awak panggil saya puan ya? Nampak saya macam orang dah kahwin ke?” Pelanggan wanita ‘koyak’ dipanggil puan

Kemelut rumahtangga Hafidz Roshdi, akhirnya bapa Hafidz terpaksa buka mulut